Recent Post

Friday, May 13, 2016

Dr M sekali lagi seru orang Pekan tak beri undi pada Najib


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyeru supaya pengundi di Pekan, Pahang tidak memberikan undi kepada Anggota Parlimennya Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Mahathir, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan Najib tidak lagi dipilih menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14.

Walaupun perkara itu dilihat sukar, namun beliau berharap agar ia dapat dilaksanakan bagi memastikan hanya Najib seorang sahaja yang 'tumbang' dan bukan parti Umno atau BN.

"Walaupun untuk kalahkan dia (Najib) kita perlu kalahkan BN tapi kalau kita bijak, kita boleh kalahkan dia di Pekan.

"Orang Umno tak payah sokong dia supaya dia boleh kalah di situ. Mungkin tempat lain beri kemenangan kepada BN. Ini adalah strategi tapi tak mudah untuk kita laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Selamatkan Malaysia yang diadakan di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.

Seramai kira-kira 400 orang yang menghadiri ceramah tersebut yang turut membawa sepanduk bertulis "We Love Tun M" dan "Rakyat bersama Tun M".

Turut menjadi ahli panel dalam majlis itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain itu, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu turut meminta agar orang ramai menandatangani Deklarasi Rakyat yang diedarkan selepas ceramah diadakan.

Walaupun telah berjaya mengumpulkan sejuta tanda tangan, namun Mahathir berkata beliau tetap akan meneruskan usaha mengumpul tanda tangan bagi meminta Najib disingkirkan daripada jawatan perdana menteri.

"Sekarang nama Umno begitu busuk terutama dalam kalangan muda-mudi. Mereka tak nampak kebaikan Umno sama sekali. Ini semua hasil pemerintahan buruk Najib," katanya yang kemudian mendapat sorakan "Undur Najib".

Deklarasi Rakyat merupakan petisyen yang diwujudkan oleh gerakan 'Selamatkan Malaysia' termasuk Mahathir pada Mac lalu.

Ia bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan bagi dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk memohon penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Selain Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Mukhriz dan Muhyiddin, turut menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *