Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Sebelum adanya Candy Crush, ini adalah game yang hampir pasti ada dalam telefon bimbit semua orang dalam dunia. Dan fenomena ini kemudian di bawa ke layar perak dalam bentuk filem animasi, walaupun mungkin beberapa tahun terlewat. Barangkali jika ditayangkan 2-3 tahun dulu kita boleh relate dengan lebih baik burung-burung pemusnah babi (atau khinzir- if its matter much) yang comel ini.
Ini dia ulasan saya tentang filem Animasi The Angry Bird.
Saya beri 4/5 bintang untuk Keseluruhan cerita, tetapi untuk animasinya saya beri 5/5 bintang.Kisahnya mudah, macam kita main game dulu. Kita pilih burung, tarik lastik dan terbangkan burung-burung yang mempunyai berbagai kuasa tersendiri masing-masing untuk memusnahkan benteng-benteng yang dibina boleh babi-babi berwarna hijau.
Bezanya, kalau dahulu kita tidak tahu punca kenapa burung-burung itu bertindak demikian. Filem ini membawa kita memahami bagaimana pertelingkahan itu boleh berlaku.
Satu yang pasti filem ini adalah sangat menghiburkan. Ia sesua di tonton oleh semua golongan. Ia adalah "the feeling good- movie of the year" dengan beberapa adegen yang akan membuat kita ketawa pecah perut.
Namun, ada mesej yang cuba di sampaikan dalam filem ini mengenai kerjasama, semangat untuk mempercayai diri sendiri dan tidak begitu mengharapkan pertolongan orang lain untuk berjaya.But then again, ia adalah filem animasi bergenre komidi, maka jangan terlalu fikirkan jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan, tapi tonton sahaja dan enjoy the movie.
Di sebabkan animasi yang yang sangat padat dan berwarna warni, RM15 yang anda spend di panggung wayang tidak akan merugikan kerana ia perlu di tonton di layar perak untuk appreciate the animation. Menontonnya ditelevision atau copied version di youtube wont do justice.
The ending part adalah paling cute dan best, berbaloi sebagai penamat untuk menonton 1 jam lebih filem ini, walaupun untuk tempoh tersebut tidak ada satu moment pun yang membosankan.
I love the movie and i highly recommend anyone to watch it, especially if you have used the apps sometimes before.
Akhir kalam (akhir kalam kata kau), terima kasih kepada Budiey Isma dari www.budiey.com yang memberi peluang untuk menonton filem ini. I had a great time and i enjoy the movie so much.Berminat untuk menjadi penonton premiere bersama budi? Layarilah : www.budiey.com, jadi lah ahli atau jawab beberapa soalan mudah di dalam quiz dan trivia yang ada, dan jangan lupa untuk dapatkan baju T budiey ya.
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment