Recent Post

Tuesday, May 10, 2016

Video pelajar dipukul warden disahkan benar


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di sebuah sekolah vokasional di Sungai Buloh yang tersebar menjadi viral di media sosial kelmarin adalah benar.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata polis menerima laporan berkaitan kes itu dari seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada jam 10.25 pagi kelmarin.

Abd Rahim berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang Khamis lepas di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang kelmarin.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Kelmarin, video selama seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh seorang warden, tersebar di laman media sosial.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *