Recent Post

Sunday, June 12, 2016

Christina Grimmie Maut Ditembak Ketika Sibuk Tandatangan Autograf Peminat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

ORLANDO: Bekas peserta program realiti 'The Voice', Christina Grimmie, dilaporkan maut ditembak di sebuah lokasi konsert di Florida awal pagi tadi, waktu tempatan.

Ketika kejadian, Grimmie dikatakan sedang sibuk menandatangani autograf peminat selepas melakukan selesai melakukan persembahan di konsert berkenaan.

Jurucakap Grimmie, Heather Walsh, dalam satu emel awal hari ini, berkata pihaknya mengesahkan Christina sudah mati.

Selain itu Jabatan Polis Orlando turut mengesahkan kematian Grimmie menerusi akaun Twitter rasminya.

Pihak polis dalam satu kenyataan media berkata penyanyi berkenaan yang berumur 22 tahun baru selesai melakukan persembahan dengan kumpulan Before You Exit di The Plaza Live sebelum ditembak kira-kira jam 10 malam.

"Abang Grimmie telah bertindak pantas menjatuhkan penembak itu yang kemudian tertembak mati diri sendiri ketika pergelutan," kata pihak Polis.

Walaubagaimanapun motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan polis tidak menyatakan mengapa dia menyerang penyanyi terbabit.

— Grimmie Updates (@CVGUpdates) June 11, 2016 Sehingga kini hashtag #RIPChristina menjadi trending di laman twitter dengan 627 ribu Twitt.- Siakapkeli.my

Persembahan terakhir Grimmie sebelum maut ditembak.

— Mielle (@HeyMielle) June 11, 2016 Persembahan Grimmie dalam program 'The Voice' — FilosofĂ­a♕ (@FlIosofia) June 11, 2016



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *