Recent Post

Thursday, June 23, 2016

RTM Pilih Tema SEINDAH SYAWAL Sempena Hari Raya 2016


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SEINDAH SYAWAL telah dipilih sebagai tema menerusi rangkaian televisyen; TV1, TV2 dan TVi juga radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), bersempena dengan kedatangan Syawal pada tahun ini.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, TV1, TV2 dan TVi telah menyusun pelbagai program menarik buat tatapan penonton setianya. Antara program-program menarik sepanjang minggu raya nanti adalah drama eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, majalah & dokumentari, program hiburan, juga tayangan filem menghiburkan untuk seisi keluarga.

babak dalam Hero Raya

Pada tahun ini, TV1 akan menyiarkan telemovie penuh keinsafan bertajuk "Dengan Beetle Kami Beraya" lakonan Ajak Shiro dan Sharifah Sakinah, juga "Stesen Serunding Sampan Seringgit"; kisah tentang silaturahim dan kemaafan dua kanak-kanak bersaudara kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Syawal anda pasti lebih ceria dengan tayangan majalah khas di TV1 seperti "Ketuk-Ketuk Syawal", "Syahadah Raya", "Teh Tarik Che Ta Syawal", dan "Panorama Khas Raya". Tidak ketinggalan, program hiburan dan candawara iaitu "Istimewa Lebaran : Kimcy & The Majistret", "Konsert Sentuhan Listrik" dan "Atok VS Opah Nak Raya". Sebuah drama bersiri 26 episod, "Pergilah Air Mata" turut menemui penonton menggandingkan pelakon popular Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, dan Izreen Azminda.

TV2 juga turut menyediakan program hiburan, majalah, telefilem, candawara dan filem terbaik seperti "Siaran Langsung : Salam Aidilfitri", "Muzikal Raya : Hari Ini Hari Raya", "Indahnya Lebaran Ikon Siarawan", dan "M.Nasir With The MPO". Tidak ketinggalan juga program majalah seperti "Kecoh Dapur Khas Raya" dan majalah kanak-kanak, "Parlimen Mini".

Bakal bersiaran telefilem menarik "Makbul Sekerdil Doa", "Kecoh-Kecoh Raya", "Roti Canai Kuah Rendang", "Janji Hati", "Berhantunya Raya", "Rekah" dan "Stailista Cinta". Begitu juga candawara bertajuk "Raya Oh Raya", juga filem "Mencari Cinta" gandingan Nora Danish dan Rusdi Ramli.

Sementara itu, TVi meneruskan tradisinya menyediakan empat drama eksklusif iaitu "Kelap-Kelip" (Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Nas T), "Kecoh-Kecoh Raya" (Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz), "3 Hari 7 Likur" (Uqasha Senrose, Shah Iskandar), dan "Seronding Daging Abang Sado" (Mustaqim Bahadon, Najua P.Ramlee).

TVi turut memaparkan program majalah iaitu "Kuih Raya Nik Micheal", "Kecoh Dapur Khas Raya", "Cerita Raya Kita", "Teh Tarik Che Ta Syawal" dan "Ikan Di Laut Asam di Darat" juga menghangatkan malam raya program siaran langsung, "Salam Aidilfitri".

Sebagai melengkapkan lagi kemeriahan sambutan 1 Syawal dan memenuhi selera pendengar setia saluran radio RTM iaitu NASIONALfm, RADIO KLASIK, KLfm, TRAXXfm, ASYIKfm, AIfm, dan MINNALfm turut berkongsi rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Aidilfitri ini. Begitu juga saluran radio negeri-negeri turut mengudarakan program-program khusus buat peminat setia mereka sepanjang musim perayaan ini.

NASIONALfm menyediakan rancangan ceramah "Semurni Syawal : YBhg. Ustaz Muhammad Hafiz b. Muhamad Haneefa"; 6 dan 7 Julai, 6.30 petang, drairama "Nur Aidilfitri"; 7 Julai, 3.30 petang dan bual bicara "Raya @ Kafe Gen Y"; 10 Julai, 12.15 tengah hari.

Menerusi RADIO KLASIK pula berhibur dengan program hiburan "Ketupat Rendang"; 6 Julai, 12.00 tengah hari, "Jenakaria Aidilfitri"; 7 Julai, 12.00 tengah hari dan drama khas Aidilfitri, "Hajat Mak"; 8 Julai, 3.00 petang.

Saluran KLfm turut menambah kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dengan menampilkan program hiburan menjelang Syawal "Antara Dua Benua"; 5 Julai, 8.00 malam dan drama bertajuk "Bujang Raya KL"; 8 Julai, 11.30 pagi.

Saluran berbahasa Inggeris TRAXXfm pula menghiburkan pendengar dengan program siaran langsung "Titian Senada RTM/RTB"; 6 Julai, 8.15 malam dan "Asean : 10 Countries 1 Festive"; 7 Julai, 11.15 pagi. Manakala radio ASYIKfm popular dalam kalangan masyarakat Orang Asli juga tidak terkecuali menyediakan program hiburan interaktif secara langsung "Riuh Asyik Edisi Raya"; 6 dan 7 Julai, 8.00 pagi dan "Unplugged Edisi Raya"; 6 dan 7 Julai, 3.30 petang.

Saluran radio berbahasa Tamil, MINNALfm berkongsi program "Ucapan Hari Raya"; 6 Julai, 12.05 tengah malam dan drama khas "Bunga Padang Pasir"; 6 Julai, 4.30 petang diikuti AIfm, saluran radio Mandarin dengan drama khas "Penghantaran Istimewa"; 4 hingga 12 Julai, 1.15 petang dan dokumentari "AI Aksi"; 4 Julai, 9.15 pagi.

babak dalam drama Stesyen Serunding Sampan Seringgit

Telemovie Dengan Beetle Kami Beraya di TV1

MAWI DAN FILSUF DALAM MELODI KUN ANTA

Hafiz Hamidun dalam Melodi Kun Anta

babak dalam telemovie Atok VS Opah Nak Raya di TV1

Related

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *