Recent Post

Friday, June 17, 2016

Tabung Haji pohon kouta tambahan 10000 dari Arab Saudi... insyallah dapat - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 17 Jun 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Hubungan baik yang terjalin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kerabat diraja Arab Saudi dijangka dapat menambah jumlah kuota jemaah haji tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin pihaknya akan mendapat kuota tambahan jemaah haji tahun ini pada sekitar 10,000 orang seperti mana yang dimohon oleh lembaga itu.

Menurutnya, TH sudah mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan Arab Saudi melalui Pejabat Perdana Menteri.

Azeez berkata, secara tradisinya TH akan mendapat kuota tambahan pada setiap tahun kerana hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

"Setiap tahun kita mendapat tambahan kuota haji. Jadi kita yakin tahun ini kita akan mendapatnya dan berharap dengan jumlah yang dipohon, tapi kita tidak war-war.

"Biasanya keputusannya (tambahan) kuota haji akan kita kita dapat pada penghujung bulan Julai," katanya ketika ditemui selepas merasmikan perkhimdatan bergerak TH Komuniti, di Kampung Sungai Limau, di Perkarangan Masjid Hashimiah, Sungai Besar petang Khamis.

Majlis Perasmian itu disempurnakan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abd Ghani dan Pengarah TH Selangor, Sawal Abong.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu kuota tambahan antara 5,000 dan 10,000 jemaah bagi musim haji tahun ini disifatkan sebagai jumlah yang rasional untuk dikendalikan.

Jelasnya jumlah itu adalah rasional berikutan ada beberapa aspek yang perlu diambil kira antaranya dari segi penerbangan, pengangkutan, penginapan dan penyediaan makanan kepada jemaah haji.

"Kuota tambahan ini akan dapat membantu meramaikan lagi jemaah haji Malaysia bagi mengurangkan jumlah menunggu yang masih begitu tinggi, dan kita meletakkan sasaran antara 5,000 hingga 10,000, yang mana jumlah itu agak rasional untuk kita menguruskannya.

"Sebab di penghujung nanti kami akan berdepan masalah penerbangan, jika dapat menyewa kapal terbang, akan ada pula masalah hak pendaratan di Jeddah dan Madinah, selain aspek penginapan dan makanan untuk jemaah haji kerana tempahan pada saat-saat akhir akan meningkatkan kos," katanya.

Jamil Khir berkata kuota sedia ada yang diberikan kepada negara adalah sebanyak 22,320 dan Malaysia masih lagi menunggu keputusan kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan kuota tambahan bagi musim haji tahun ini.

Mengulas mengenai penambahbaikan kemudahan di Makkah dan Madinah, Jamil Khir berkata kemudahan yang disediakan kini memberikan lebih keselesaan kepada jemaah haji.

"Penambahbaikan di sana, saban tahun mereka adakan, cuma tahun ini peningkatan jumlah pengangkutan dari Makkah ke Arafah, Arafah ke Mudzalifah dan ke Mina, dan Mina balik ke Makkah, menggunakan sistem aliran kereta api yang diselia syarikat dari Malaysia.

"Bilangan jemaah yang bermalam di kaki lima juga semakin mengecil dan saya yakin hal seperti ini menampakkan sistem dan kecekapan pengurusan yang akhirnya memberikan keselesaan kepada jemaah haji, bahkan walaupun ada penambahbaikan yang masih sedang dijalankan, ia akan memberikan lebih banyak keselesaan berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.-17/6/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *