Recent Post

Friday, June 17, 2016

Jam Mewah Yang Dirompak di Brazil 2 Tahun Lalu Ditemui di Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kuala Lumpur, 16 Jun : Sebahagian dari jam mewah bernilai RM5.5 juta yang dirompak di Brazil dua tahun lalu ditemui di Malaysia.

Malaysian Gazette melaporkan, kejadian itu terbongkar selepas ejen dari syarikat pembuat jam mewah, Audemars Piguet membuat laporan polis setelah menerima seutas jam untuk dibaiki dan mendapati nombor siri jam itu sama dengan nombor siri jam yang dirompak di Brazil.

Laporan yang memetik akhbar China Press itu turut berkata, jam mewah itu dibeli oleh seorang rakyat Malaysia dengan harga RM90,000 dari sebuah kedai jam mewah di Solaris Kuala Lumpur pada awal tahun lalu.

Pemilik jam mewah itu dikatakan menghantar jam terbabit melalui seorang ejen untuk diselenggara di Singapura. Pihak penyelenggaraan bagaimanapun mendapati nombor siri jam itu menyamai dengan jam yang dirompak dua tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, pemilik jam itu dan kedai jam di Solaris telah disiasat dan mendapati masing-masing mempunyai resit pembelian yang sah.

Tambah beliau lagi, hasil kerjasama dengan kedai jam, polis turut menemui dua utas jam mewah lain yang bernilai RM120,000 yang juga merupakan 'jam rompakan'.

Polis Malaysia kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Singapura dan Hong Kong untuk menyiasat sama ada jam itu memasuki pasaran Malaysia dari Hong Kong secara sah atau sebaliknya.

"Polis difahamkan jam-jam ini telah dirompak dalam satu kejadian di Brazil pada 2014, sebanyak 93 utas jam setiap satu bernilai RM60,000 hingga RM90,000 telah dirompak pada masa itu," katanya.

Kebanyakan jam yang hilang adalah berjenama Audemars Piguet yang dihasilkan oleh pembuat jam terkemuka dari Switzerland yang beroperasi sejak 1875. - Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *