Recent Post

Friday, July 15, 2016

Sekutu PAS tak maklum isu 'gencatan senjata' - Malaysiakini (caruman) (subscription)


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ketika pembangkang dalam Pakatan Harapan meneliti baik buruk tawaran 'gencatan senjata' PAS, sekutu parti Islam itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu berhubung cadangan itu.

Gandingan PAS dalam 'Blok Ketiga' pembangkang, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mengakui tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, beliau tidak berkecil hati dan berkata PAS mempunyai pertimbangannya tersendiri.

"Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja," katanya.

Beliau merujuk kepada saranan politik matang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu sebelum ini.

Kadir berkata demikian kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita sewaktu ditemui di ibu negara semalam.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Politik 'cair'

Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.

Terdahulu, perbalahan berterusan PAS dan DAP menyebabkan gabungan mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih bekerjasama dengan parti kecil IKATAN yang digerakkan Kadir, bekas pemimpin Umno.

Mengulas perkembangan politik terbaru itu, Kadir menegaskan keadaan politik Malaysia yang 'cair'.

"Politik di Malaysia dalam keadaan 'cair', kerana kadang-kadang untuk bersatu dalam parti politik itu kita kena tengok cara dia.

"Kalau caranya kasar, terlalu tidak berdisiplin, macam mana hendak berbaik.

"Jadi biarlah macam mana akhirnya blok ketiga (bersama PAS) ini akan terjadi. Keadaan akan menentukan," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *