Recent Post

Sunday, August 14, 2016

Serah diri atau tunggu Kami - KP SPRM - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 14 Ogos 2016 By BERNAMA

Itu amaran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad, 48, yang sekaligus turut membuka ruang kepada pelaku rasuah untuk tampil 'menyerah diri' secara sukarela bagi memungkinkan hukuman lebih ringan dipertimbangkan terhadap mereka.

"Datang sekarang, ini peluang yang saya buka, datang bila-bila masa sebelum diambil tindakan. Kalau sudah diambil tindakan baru nak jumpa kami, tak payahlah. Kalau dah rasa 'panas', datanglah.

"Kita akan kaji dan bincangkan dengan pihak Peguam Negara apa tindakan yang boleh diambil (untuk diringankan hukuman) kerana soal pendakwaan adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, di Putrajaya,Sabtu.

Tawaran itu walau dilontarkan dalam nada penuh toleransi, namun ketegasan bos baharu agensi antirasuah negara itu jelas kelihatan apabila menyifatkan tidak akan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab suruhanjaya itu dalam usaha mencegah jenayah rasuah di negara ini.

Dzulkifli yang mengambil alih jawatan itu menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed bermula 1 Ogos lepas berkata fokus utama beliau sebaik dilantik menerajui SPRM ialah untuk menekankan peranan suruhanjaya itu dalam usaha meningkatkan integriti sama ada di sektor awam atau swasta.

Katanya dalam melaksanakan peranan itu, tidak mustahil amaran yang diutarakan itu diterjemahkan dengan serbuan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta yang berkaitan jika terdapat sebarang bukti pelakuan rasuah.

"Nantikan saja dalam masa terdekat ini, akan ada 'salam perkenalan' daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu," katanya.

Katanya tempoh dua minggu (sejak mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM) sudah cukup untuk beliau memahami mengenai suruhanjaya itu dan sudah sampai masanya untuk melihat hasil perlaksanaannya.

"Saya seorang lelaki yang kurang berkata-kata. Saya tidak banyak bercakap, saya seorang yang gemar melakukan dan mengambil tindakan. Saya ingin beri nasihat dan amaran kepada yang terlibat rasuah agar berhenti serta-merta.

"Ini bukan amaran kosong. Kepada sesiapa yang selama ini mempunyai pendapatan yang lain daripada gaji yang sepatutnya diterima, iaitu rasuah, sila hentikan," katanya.14/8/2016 - Oleh Sharifah Nur Shahrizad Syed Sharer dan Syarifah Hunaini Syed Ismail,Bernama 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *