Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Syukur Alhamdulillah... walaupun kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini dari segi bilangan yang menunaikan haji namun tiada kejadian buruk melibatkan umat Islam tahun ini.
Awal pagi Khamis atau 13 Zulhijah mengikut kalendar Islam.kira-kira dua juta umat Islam seluruh dunia kini selesai menunaikan ibadat haji selepas menamatkan ibadah melontar tiga jamrat di Sugra, Wusta dan Kubra. Namun ada kalangan jemaah lebih awal selesai melakukannya apabila memilih 'nafar awal' iaitu menamatkannya pada Rabu. Sebahagiannya pula memilih untuk bermabit pada malam 13 Zulhijah iaitu apa yang dinamakan sebagai 'nafar thani' sebelum menamatkan lontaran di tiga jamrat berkenaan. Kesemua jemaah itu telah kembali ke Makkah dari Mina bagi persiapan pulang ke tanah air. Sebelum meninggalkan Tanah Suci Mekah, mereka perlu melakukan 'tawaf wada' di Kaabah iaitu tawaf selamat tinggal. Sebelum menunaikan haji iaitu bermulanya wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah, jemaah lebih awal melakukan ziarah dan umrah. Jemaah Malaysia akan pulang dengan penerbangan pertama KT02 pada Sabtu ini dan akan tiba di tanah air pada Ahad iaitu 11 pagi.
Pihak berkuasa Saudi menyatakan hanya sekitar 1.86 juta jemaah termasuk 1.3 juta dari luar negara menunaikan haji tahun ini, merosot berbanding bilangan kemuncak hampir 3 juta beberapa tahun lalu.
Ketua Jawatankuasa Negara bagi Haji dan Umrah, Marwan Abbas Shaaban berkata, bilangan jemaah dari luar negara berkurangan sekitar 20 peratus dan jumlah jemaah dari Arab Saudi sendiri pula merosot separuh daripadanya.-15/9/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment