Recent Post

Thursday, September 15, 2016

Zila Seeron Mohon Maaf Pada Semua, Akui Diri Kurang Didikan Agama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pergolakkan rumah tangga Along Cham dan Zila Seeron antara cerita panas yang sehingga kini masih dibicarakan meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing.

Apa yang membuatkan ia mendapat perhatian media adalah ketika foto separuh bogel Zila bersama seorang lelaki mula tersebar saat rumah tangganya bermasalah. Malah, Zila juga ditangkap khalwat di rumah kekasihnya dan cuba untuk bersembunyi di belakang almari ketika serbuan dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ingin menjernihkan keadaan, Zila baru-baru ini telah berkongsi kisahnya menerusi slot Apa Cer di rancangan A.M Live! terbitan RTM.

Zila memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang terjadi sebelum ini. Menurut Zila, beliau sejak kecil  kurang mendapat didikan agama.

Kepada korang yang baca atau tengok kat laman sosial sekarang, saya nak minta maaf sangat-sangat pada korang, saya manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan dan sekarang saya sedar dengan kesilapan saya.

Sejak kecil saya kurang bimbingan agama dan akan mempelajari agama, InshaAllah. Saya ingin mencari diri saya. Harapnya semua maafkan saya.

Pada masa yang sama, Zila sempat meluahkan rasa rindu kepada anak lelakinya Daniel yang kini dibawah penjagaan bekas suaminya Along Cham.

Zila turut memohon maaf secara terbuka kepada Along dan keluarganya  serta meminta mereka halalkan makan minum beliau sepanjang bergelar isteri.

Jom layan video dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai luahan Zila :-

Apa yang jadi sudah terjadi, harapnya Zila dapat kekal tabah meneruskan kehidupan untuk berhadapan dengan semua orang.

Sumber Berita : YouTube Big News

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *