Recent Post

Sunday, September 18, 2016

Najib hadir resepsi anak pengerusi Utusan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 8.30 malam semalam disambut oleh Mohamad Fatmi.

Beliau turut meluangkan masa bergambar kenangan bersama pasangan mempelai Nuraishah Sofia Hamshi Tan Sri Fatmi dan pasangannya Muhammad Izzat Abdul Halim.

Kedua-dua mereka berusia 24 tahun.

Hampir 1,000 jemputan menghadiri majlis perkahwinan itu, yang turut dihadiri oleh beberapa menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Nuraishah merupakan anak kelima daripada enam beradik dan bertugas di bahagian Hal Ehwal Korporat di Bank Islam manakala suaminya seorang ahli perniagaan.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan di Dewan Tun Hussein PWTC semalam oleh Mohamad Fatmi sendiri.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *