Recent Post

Sunday, September 18, 2016

Najib lancar kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Najib lancar kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu'

18/09/2016 12:17pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia.

Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai 'super food' Malaysia yang pertama.

"Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) kini dalam proses menggariskan satu standard bagi madu kelulut Malaysia supaya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa sebagaimana madu manuka dari New Zealand.

"Standard yang digariskan Mardi juga akan membantu pengguna membezakan madu yang asli dan tidak asli," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen itu. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *