Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Siapa yang tidak tahu dengan penangan Nasi Lemak Anak Dara yang cukup viral sekarang bukan? Pemiliknya, Siti Hajjar seorang gadis yang cukup cantik.
Boleh dikatakan setiap hari Siti Hajjar tidak menang tangan melayan pelanggan yang beratur panjang untuk mencuba nasi lemak beliau yang dikatakan sedap rasanya.
Terbaru, pelawak Zizan Razak juga telah berkunjung ke Nasi Lemak Anak Dara demi menunaikan keinginan ibunya yang mahu merasa sendiri hasil air tangan Sit Hajjar yang viral. Paling "best", Siti Hajjar memberikan nasi lemak itu secara percuma buat Zizan dan ibunya. Wah, memang langkah kanan betul.
Untuk pengetahuan anda, demi memenuhi permintaan ibunya, Zizan sanggup merempit dari Subang ke Shah Alam. Menurut Zizan, beliau sanggup melakukan apa sahaja buat ibunya.
Demi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja. Walaupun ia cuma sebungkus nasi lemak, perkara tersebut bukan perkara remeh bagi saya. Saya keluar rumah seawal jam 7.30 pagi dan merempit dari Subang ke Shah Alam untuk mendapatkan Nasi Lemak Anak Dara, demi Ibu yang saya kasihi.
Sebenarnya dari semalam saya cuba hubungi Siti Hajjar (peniaga Nasi Lemak Anak Dara), untuk mendapatkan nasi lemak tetapi hari ini baru boleh dapat sebab dia baru buka gerainya pagi tadi.
Pada masa yang sama, Zizan akui beliau merasa kagum dengan kegigihan Siti Hajjar untuk menyara hidupnya kerana jarang sekali anak muda seperti beliau mahu berniaga seperti itu. Zizan turut mendoakan agar perniagaan Nasi Lemak Anak Dara akan lebih maju pada masa akan datang.
Kami pun belum mempunyai kesempatan untuk merasa Nasi Lemak Anak Dara. Ada antara pembaca yang dah rasa?
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment