Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Setakat Januari 2016, seramai 501,500 rakyat di Malaysia menganggur dan kebanyakan mereka ini sudah tentu dalam proses mencari kerja.
Jadi, untuk mendapat kerja dengan lebih cepat, seseorang itu perlu lebih kreatif dan menonjol berbanding pesaing-pesaing yang lain.
Itulah yang dilakukan oleh pakar pemasaran, Lukas Yla, 25, apabila dia berpindah ke San Franciso untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang teknologi.
Apa yang dilakukan oleh Lukas sangat 'melawan arus' dengan tatacara formal bagi mendapatkan kerja.
Apabila dia menemui syarikat yang berpotensi, Lukas akan menyamar sebagai posmen dan menghantar sekotak donut yang mengandungi resume ringkas kepada targetnya. Jadi, apabila targetnya itu membuka kotak donut tersebut, secara tidak langsung mereka akan terbaca resume Lukas sambil menikmati donut ~ masa yang paling sesuai untuk membaca resume.
"Saya rasa ini masa yang paling sesuai untuk mencabar diri saya", kata Lukas yang turut mengakui dia sedar bahawa cabaran ini tersangat besar buat dirinya.
"Sejauh mana saya boleh pergi di dalam sebuah bandar yang ada persaingan yang sangat kuat, tempat yang saya tak kenal sesiapa. Saya tak ada pengalaman kerja di USA, dan mungkin terpaksa bermula dari bawah semula", kata Lukas.
Jadi, Lukas membuat satu kempen pemasaran yang istimewa - untuk dirinya sendiri bermula bulan lepas.
Lukas mencetak baju T-Shirt yang dipakai oleh posmen, membeli beberapa donut dari kedai roti dan di kotak donut itu, dia meletakkan mesej yang berbunyi seperti ini :
"Saya terpaksa mencari jalan untuk berhubung secara terus dengan pembuat keputusan syarikat. Saya fikir saya mungkin akan gagal jika bersaing hanya dengan level resume dengan pesaing-pesaing lain memandangkan mereka mempunyai pengalaman kerja di San Francisco."Jadi, sebagai pakar pemasaran, saya lakukan analisis SWOT untuk diri saya sendiri, pesaing, sasaran dan membuat kempen mencari kerja ini.
Menurut Lukas, dia telah menghantar lebih 40 kotak donut setakat ini dan telah ditemuduga sebanyak 10 sekali dan sehingga kini masih dalam dalam proses temuduga dengan beberapa syarikat lain. - Siakapkeli.my
Sumber : Metro.co.uk
No comments:
Post a Comment