Recent Post

Wednesday, August 03, 2016

Skandal tanah Paya Indah Wetland cetus kontroversi... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 03 Ogos 2016

Nampaknya ada semacam usaha untuk 'cover up' apa yang disifatkan skandal terbesar kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Ini selepas seminggu pendedahan demi pendedahan dibuat oleh orang PKR sendiri iaitu bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mengenai status tanah seluas 619 hektar yang didakwa dalam kawasan Paya Indah Wetland ditukar dari hutan simpan menjadi tanah untuk pembangunan.

Selepas lama berdiam Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong mengakui Kerajaan PKR Selangor telah membangunkan kawasan tanah Lot 6850 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas.

Bagaimanapun, jawapan tersebut mencetuskan kontroversi baru mengenai status sebenar tanah yang diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia itu.

Elizabeth Wong menjelaskan Lot 6850 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas itu bukan di bawah kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.

Menurutnya, kawasan tanah lot itu sebenarnya milik persendirian dan telah dibangunkan mengikut proses yang betul termasuk pendengaran awam.

"Kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Paya ialah lot 4827 dan 3974 seluas 450.76 hektar.

"Tiada permohonan untuk menukar kegunaan tanah di kawasan itu dan tiada berbangkit isu pengezonan Paya Indah Wetland untuk tujuan pembangunan," katanya dalam sidang akhbar di luar Dewan Undangan Negeri Selangor Selasa.

Walau bagaimanapun Badrul Hisham yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan jawapan Elizabeh Wong itu cuba 'menutup penipuan' di sebalik dakwaan tindakan kerajaan negeri menukar status tanah Paya Indah Wetland itu.

Katanya, penjelasan Elizabeth itu didapati mengandungi pelbagai keraguan terutama apabila ADUN Bukit Lanjan itu menyatakan tiada sebarang permohonan dibuat untuk menukar kegunaan tanah di Lot 4827 dan Lot 3974 di kawasan Paya Indah Wetland.

"Elizabeth tidak perlu menunjukkan sifat tidak cerdik beliau hanya untuk 'cover bos' (tutup kelemahan) kerana soalan lain ditanya, lain dijawab. Sejak kenyataan media saya yang pertama dalam isu ini bertarikh 26 Julai 2016, saya menyebut dengan jelas Lot 68054.

"Malah tajuk kenyataan media saya sendiri (sebelum ini) tertera dengan jelas 'Pertukaran status tanah lot 68054, 619 hektar Mukim Tanjong 12 Kuala Langat jejas kawasan hutan warisan dunia," dakwanya.

Dalam masa sama, Badrul Hisham turut mendakwa, isu penukaran status tanah di Lot 68054 itu dilihat bercanggah dengan keputusan kerajaan negeri semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2014 yang memutuskan menolak permohonan penukaran status tanah berkenaan kerana ia terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland.

Malah, keputusan itu katanya terkandung dalam minit mesyuarat kerajaan negeri sebelum ini.

Badrul Hisham mendakwa berdasarkan catatan carian persendirian daripada Pejabat Tanah dan Daerah yang dibuat pihaknya pada awal April lalu mendapati, tanah terbabit telah ditukarkan statusnya.

Beliau percaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah meluluskan penukaran tersebut pada 2015 manakala penukaran geran tanah terbabit dibuat pada April lalu.

"Malah, menurut dokumen yang bocor dari pejabat Exco kerajaan negeri sendiri menyatakan perlengkungan semula (re-zone) telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Direkodkan antara jabatan yang membantah perlengkungan semula itu ialah Jabatan Alam Sekitar.

"Paling menarik, proses perlengkungan semula itu melibatkan kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan dijadikan kawasan pembangunan.

"Hari ini, kemungkinan kerajaan negeri tidak sangka kami mampu memiliki dokumen bagi membuktikan pendakwaan awal kami dan membuktikan penafian palsu mereka sebagai tipu," ujarnya.-3/8/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *