Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut Raja Azmi, dia sendiri tidak menduga perkara itu akan berlaku.
"Tapi saya juga pernah kata sebelum ini, kalau memang sudah jodoh kami untuk rujuk semula dan kalau sudah ditakdirkan kami akan kembali bersatu sebagai suami isteri, saya tidak akan menolak.
Jelas Raja Azmi lagi, keputusan untuk bernikah semula dengan Eddie telah difikirkan secara masak-masak.
"Sepanjang setahun lebih ini, macam-macam perkara yang saya lalui. Begitu juga dengan Eddie. Proses ini sangat mematangkan kami dan memudahkan lagi kami untuk memahami antara satu sama lain.
"Sedar tidak sedar persahabatan yang terjalin di antara kami selepas bercerai telah menimbulkan semula bibit-bibit cinta dan kali ini ia bersifat lebih real dan lebih matang.
"Lagipun keluarga saya terutama adik-beradik dan anak-anak pun, mahu sangat kami rujuk semula. Dengan restu daripada keluarga ini, kenapa tidak kami segerakan benda yang baik," kata Raja Azmi dengan wajah berseri-seri.
Sementara itu, Eddie pula dengan ringkas berkata, syukur kepada Allah SWT kerana berkat kesabaran akhirnya dia dan Raja Azmi akan rujuk semula sebagai suami isteri.
"Memang itulah harapan saya selama ini," katanya.
Raja Azmi mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari 2012 sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai 2013, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.
Pasangan ini kemudian mengambil keputusan untuk bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 11 November 2014.
Artikel ini disiarkan pada 19 JAN 2016
No comments:
Post a Comment