Recent Post

Friday, August 07, 2015

Pembedahan Kosmetik Untuk Anjing Semakin Popular di Korea


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pembedahan kosmetik sememangnya popular di Korea. Jangan terkejut, pembedahan plastik ini bukan sahaja popular di kalangan manusia malahan kini menjadi permintaan yang tinggi untuk haiwan peliharaan mereka seperti anjing.

Dalam kegilaan ini, masih terdapat juga netizen yang melahirkan rasa benci, meluat dan marah apabila pembedahan kosmetik ini turut dilakukan ke atas haiwan seperti anjing.

Berita ini sudah menjadi viral sejak minggu lepas di portal akhbar di Korea. Artikel yang tersiar di Chosun Daily dengan tajuk, "Dari botox hingga pembedahan kecantikan mata.. pembedaha kosmetik untuk anjing meraih populariti".

Gambar dibawah adalah gambar anjing yang sama. Gambar kiri adalah sebelum pembedahan, manakala bahagian kanan adalah foto selepas menjalani pembedahan plastik.

Anjing Comel

Prosedur pembedahan ini melibatkan bahagian dalam kelopak mata. Jika diperhatikan gambar diatas, mata anjing ini lebih besar selepas pembedahan kosmetik.

Kebanyakan haiwan peliharaan menjalani prosedur pembedahan kosmetik ini adalah anjing seperti pembedahan kosmetik untuk mata, menaikkan telinga, botoks, membuang kedut dan pembedahan untuk menjadikan kelopak mata lebih besar.

Dilaporkan, prosedur ini turut melibatkan pembuangan lemak dari kaki dan membuatkan perut kelihatan lebih cantik. Jangan terkejut, prosedur sebegini bermula dengan harga serendah $ 60 sehingga ke ratusan dollar.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *