Recent Post

Wednesday, August 12, 2015

Kesan penyusutan ringgit terhadap ekonomi masih boleh diurus - RHB Research


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Penyusutan ringgit belum memasuki tahap kejatuhan di luar kawal dan kesannya terhadap ekonomi dijangka boleh diurus, menurut RHB Research.

Menurut firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini, walaupun penyusutan ringgit ketara sebanyak 19.7 peratus bagi tempoh 12 bulan namun, rizab pertukaran asing negara masih memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh setakat akhir Julai 2015.

Menurutnya, paras berkenaan masih dianggap tinggi oleh piawaian antarabangsa iaitu tiga hingga empat bulan import tertangguh, dan berbanding 2.6 hingga 4.3 bulan yang dicatatkan semasa tempoh krisis 1997-98.

"Perbezaan penting antara pada masa ini dan krisis 1997-98 adalah peraturan yang mengawal selia ringgit berubah secara ketara, pendekatan membenarkan pembelian berskala besar mata wang tempatan telah dihentikan.

"Ini disebabkan pengenaan kawalan modal terpilih (dimansuhkan pada 2003) dan pelaksanaan mekanisme kawalan pertukaran asing yang dikendalikan oleh Bank Negara," kata RHB Research.

Dari aspek hutang dalam ekonomi, firma itu menyatakan hutang korporat kekal stabil namun, hutang isi rumah dan kerajaan telah meningkat.

"Pinjaman isi rumah adalah tinggi dan adalah jaringan yang paling lemah namun tidak berkemungkinan berubah kepada krisis perbankan, kecuali jika terdapat pemberhentian pekerja secara besar-besaran dalam ekonomi yang kita tidak menjangka berlaku," menurutnya.

Tambahnya, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam pengembangan pasaran bon korporat mata wang tempatan.

"Selepas krisis kewangan Asia, pembiayaan korporat telah menjadi lebih sama rata antara bank domestik dan pasaran modal," menurut RHB Research.

- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *