Recent Post

Wednesday, August 12, 2015

'Lebih 100 Lelaki Telah Melanggan Saya'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KELANTAN - Seorang gadis berusia 21, sanggup menjual dirinya demi menyara kehidupan selepas terlanjur bersama teman lelaki dan dihalau oleh keluarganya. Gadis yang hanya ingin dikenali dengan nama Sa itu berasal dari Bachok berkata, dia terpaksa melakukan pekerjaan terkutuk itu setelah dijual kepada bapa ayam oleh rakan lelakinya yang dikenalinya. Menurut Sa, pada awalnya dia memang mencari pekerjaan setelah dihalau keluar dari rumah kerana bergaduh dengan adik beradik.  "Saya telah berhenti sekolah sejak darjah enam. Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan saya adalah anak kelapan dari sembilan beradik. Kehidupan yang susah memaksa kami mencari kerja sendiri demi sesuap nasi," katanya ketika ditembual pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Penjara Pengkalan Chepa, baru-baru ini. Jelas Sa, dia teruja apabila dimaklumkan oleh rakan lelakinya itu bahawa ada perkerjaan yang sedang menantinya di Kota Bharu. Namun dia tidak tahu bahawa dirinya bakal dipergunakan oleh lelaki hidung belang untuk mendapatkan wang. Sudah terlajak dan tidak dapat berpatah balik, Sa telah diserahkan kepada seorang lelaki 'Bapa Ayam' dan dari situ bermulalah kehidupannya sebagai kupu-kupu malam yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang diperolehi dari lelaki-lekaki yang membayar perkhidmatannya. "Nampak mudah, saya hanya perlu melayan lelaki yang mahukan perkhidmatan saya. Apabila selesai, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan. Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya dapat RM400 hingga RM500. Bayaran akan berganda apabila tibanya musim perayaan. "Saya tidak mampu lari dari terus melakukan kerja itu sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki yang berusia 20 tahun di dalam sebuah rumah pada empat bulan yang lalu. Di atas kesalahan itu, saya dipenjarakan," katanya. Sa turut terkejut apabila dia disahkan positif HIV setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan ke atas dirinya.  "Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama. "Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *