Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Memandangkan usianya yang semakin meningkat, Siti Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 31, berharap agar segera dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin lapan bulan.
Menurut Elizad, disebabkan suaminya Shamsul Baharin Rahman sudah berusia 43 tahun mereka sedang merancang untuk mendapatkan anak segera.
"Suami saya sudah berusia, begitu juga dengan saya dan kami mahukan anak secepat mungkin. Tetapi semua itu bergantung pada rezeki Allah.
"Suami saya pernah berkata kalau boleh, dapat seorang anak pun jadi. Sekurang-kurangnya anak itu dapat menjaga saya apabila tua nanti," ujar Elizad ketika ditemui media pada program khidmat masyarakat Travelling Beruang di wad p ediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Selain Elizad, selebriti Ungku Ismail, Fara Fauzana, Maria Tengku Sabri, Yana Samsudin dan Fiza Sabjahan turut menyertai program tersebut.
Pelakon itu berkahwin dengan Shamsul Baharin yang juga duda anak dua pada 11 Januari lalu.
Sementara itu, Elizad berkata sejak popularitinya kembali melonjak kerana drama 'Teman Lelaki Upahan', dia mula menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah mengacara program.
Populariti itu juga menyebabkan jadualnya padat sehingga tahun depan.
"Sekarang ini, watak yang ditawarkan kebanyakannya bagus-bagus. Jadual semua penuh sampai tahun depan. Alhamdulillah. Suami pula beri sokongon penuh terhadap apa yang saya lakukan, itu yang penting.
"T erbaru saya akan sibuk dengan penggambaran telefilem Travelling Beruang selain beberapa telefilem lain," jelasnya.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment