Recent Post

Tuesday, September 08, 2015

'Suami Isteri Kaki Kencing, Kaki Pil Kuda!' - Mangsa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Susulan perkongsian mengenai sebuah keluarga yang kehabisan minyak motosikal disiarkan kami semalam, netizen tampil mendedahkan bahawa pasangan terbabit telah lama menjalankan kegiatan menipu orang ramai. Modus operandi mereka yang menjaja cerita anak sakit, isteri sakit, selain dari mempergunakan anak mereka sendiri untuk meraih simpati orang ramai, akhirnya terbongkar jua apabila ramai individu yang pernah menjadi mangsa mereka tampil membongkarkan taktik keji pasangan ini. Tidak dinafikan, cerita yang dijaja sememangnya mampu membuatkan anda mengalir air mata. Namun, jika sudah tergamak mempergunakan anak sendiri untuk meraih wang haram, kegiatan pasangan ini harus dihalang.  Menurut perkongsian dari netizen, pasangan terbabit pernah dipenjarakan kerana terlibat dalam najis dadah iaitu, pil kuda. Anak-anak kecil mereka pula diserahkan kepada nenek untuk dijaga. Namun. setelah dibebaskan dari penjara, pasangan ini mempergunakan anak mereka untuk melakukan kes penipuan.  "Suami isteri kaki kencing, kaki pil kuda. Ramai yang dah terkena dengan cerita yang direka. Member saya dah terkena dengan cerita yang sama. Siap menangis-nangis lagi," kata Zaibahari.  Baca lagi pendedahan netizen di sini https://goo.gl/1efqrE Disebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti inilah yang membuatkan masyarakat berasa was-was mahu menghulurkan bantuan. Bimbang ditipu sungguhpun mendapat pahala ditipu.  Sudah ramai yang menjadi mangsa pasangan ini, diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangkap pasangan ini segera. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *