Recent Post

Tuesday, September 08, 2015

Sekurang-kurangnya Lima Orang Terbunuh Dalam Kebakaran di Kelab Malam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PHNOM PENH, Kemboja : Satu kebakaran besar berlaku di kelab malam popular di ibu negara Kemboja, sekurang-kurangnya lima wanita terbunuh akibat  terperangkap di dalam salah satu bilik, manakala dua lelaki cedera parah.

Api dikatakan bermula di sound mixing room kira-kira dua jam sebelum Key Club (kelab malam terbabit) memulakan operasinya pada jam 10:00 malam pada Isnin, kata Kolonel Neth Vantha, ketua jabatan bomba Phnom Penh.

Katanya lagi, dua wanita terbabit berkerja di kelab malam manakala tiga lagi digajikan oleh syarikat air minuman dan hadir untuk menguruskan parti pejabat. Mereka dalam lingkungan 17 hingga 28 tahun  mati akibat tersedut asap yang banyak. Manakala dua lagi cedera parah.

Siasatan awal mendapati, kebakaran tersebut bermula di sound mixing room dan bilik kawalan, kemungkinan dari litar pintas. Kebakaran ini memerlukan 23 trak bomba untuk memadamkan kebakaran selama tiga jam.

Sejarah sebelum ini, kelab malam terbabit juga pernah mengalami kebakaran yang sama pada tahun 2013 yang mengorbankan seramai tiga orang yang turut membunuh isteri kepada pemilik Key Club.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *