Recent Post

Friday, October 23, 2015

Jerebu: 'Kenapa Pula Ibu Bapa Rasa Terbeban Bawa Anak Ke Tempat Kerja?' - Cikgu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ibu bapa rasa terbeban membawa anak ke tempat kerja kerana sekolah ditutup atas alasan jerebu? Maaf saya tulis di sini. Kenapa ibu bapa perlu rasa terbeban pula? Bukankah itu anak-anak tuan puan? Bukankah itu amanah dari Allah SWT buat ibu bapa sekalian? Mengapa mahu diungkit bahawa ibu bapa terbeban sebab terpaksa membawa anak ke tempat kerja? Yang merasakan level cikgu itu tidak setara mana untuk mengajar anak-anak tuan puan sekalian?  Allah, dunia ini bulat tuan puan. Ibu-ibu, ayah-ayah sekalian, kalau tuan puan merasakan terbeban sebab bawa anak ke tempat kerja, esok ibu-ibu dan ayah-ayah sekalian jangan berkecil hati bila hari tua anda, anak-anak tuan puan terasa terbeban pula untuk menjaga anda dan bertolak-tolak nak menghantar ke pusat jagaan orang tua.  Anak adalah amanah dari Allah SWT buat ibu bapa. Fikir-fikirkanlah sebelum menyatakan sesuatu. Saya cikgu, saya juga ibu, saya juga anak. Saya memilih kerjaya guru walaupun keputusan SPM saya tidak melayakkan saya untuk jadi akauntan, jurutera dan peguam. Kalau ibu bapa sendiri tidak menghormati guru, bagaimanalah hendak mengajar anak-anak andam enghormati orang lain? Saya jadi cikgu, bukan untuk mengejar wang ringgit. Saya menjadi cikgu sebab ada saham akhirat untuk saya, InshaAllah.  "Moga hidup kita untuk redha Allah, bukan untuk mendapat pujian," Saya juga manusia yang kadang kalanya diusik sedikit akan tercalar hatinya. Maafkan saya. - Latifah Hamzah.  Sebelum itu, ingin kami nyatakan di sini, tidak semua perkara dan alasan dari ibu bapa yang kita tahu mengapa perkara itu dilabelkan sebagai bebanan. Sebagai cikgu, kita perlu berfikiran adil, rata dan saksama agar tidak menimbulkan rasa kecil hati ibu bapa. Puan Latifah Hamzah sebagai penjawat awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepatutnya tahu bahawa kakitangan awam adalah dilarang untuk membawa anak-anak ke pejabat dan larangan ini juga dikuatkuasakan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Larangan ini dibuat kerana pihak pengurusan tertinggi tidak mahu prestasi kerja kakitangan mereka terganggu.  Percayalah, ada aduan dan surat dari pejabat menteri yang telah dan pernah mengeluarkan surat larangan seperti ini. Jika di syarikat swasta pun akan mengambil langkah yang sama bagi menjaga kelancaran kerja mereka. Ini menjadikan ibu bapa tiada pilihan untuk membawa anak ke pejabat walaupun tahu risikonya. Kita faham bahawa anak adalah amanah dari Allah SWT. Tetapi janganlah menuduh ibu bapa tidak mahu menjaga anak masing-masing. Jika hendak memberikan pandangan mengenai isu ini, usah gunakan pangkat anda sebagai seorang guru kerana ia akan mencemarkan imej guru yang mana anda meminta ibu bapa menghormati kerjaya itu. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *