Recent Post

Friday, October 23, 2015

'Kahwin Lagi? Tengok Lelaki Pun Tak Lalu' - Rita


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dua kali gagal dalam perkahwinan, sudah membuatkan Rita Rudaini cukup penat untuk memikirkan soal kahwin lagi. Semenjak kes dirinya bersama bekas suami kedua, hati Rita sudah tertutup untuk mana-mana lelaki. "Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tetapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun, fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana jika saya kahwin pun, memang tidak akan ada lelaki yang boleh menyayangi anak saya seperti anak mereka sendiri," katanya yang dipetik dari Murai.Com. "Terus terang, hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tidak ada hati langsung sehinggakan nak tengok lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti, berserah sajalah. "Tipulah kalau tidak ada lelaki yang cuba nak dekat tetapi saya akan tolak sahaja dengan baik dan berharap selepas ini tidak perlulah mana-mana lelaki yang lain hendak mencuba nasib lagi. Paling menyakitkan hati, masih ada lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tidak serik atau frust pun, cuma saya tak nak sebab dah penat," jelasnya. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *