Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon lelaki, Zahiril Adzim tidak mahu berlakon lagi untuk mana-mana produksi filem mahupun drama kerana terlalu bosan dengan watak yang telah diberikan.
Namun, hasratnya itu tidak bermakna dirinya akan terus bersara berlakon. Tetapi ia bersifat sementara atas sebab-sebab tertentu kerana sedang menumpukan bidang lain yang sedang giat dilakukan.
"Saya akui agak bosan untuk muncul di depan kaca tv mahupun layar perak memegang watak lakonan. Kebanyakan watak yang saya terima hampir sama sahaja.
"Untuk mengelakkan perasaan itu terus menebal dalam diri saya, jadi saya telah membuat keputusan untuk bergiat aktif di belakang tabir.
"Saya sudah pun berjinak-jinak menjadi seorang pengarah dan Ins Sha Allah kerjaya ini akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk perkembangan karier seni," kata Zahiril kepada portal Murai.com.my
Zahiril Adzim ditemui media di Majlis Tayangan Perdana Juvana 2 di Mutiara Damansara baru-baru ini turut menjelaskan dari dulu lagi dia tidak mengejar nama untuk menjadi popular.
Sekadar mempertaruhkan bakat yang ada dan diterima oleh semua orang agar mengemari dengan watak yang dilakonkan.
"Saya taklah terlalu mengejar untuk menjadi popular. Setiap pelakon itu mempunyai agenda dan keinginan masing-masing.
"Bersederhana dalam setiap hal adalah diri saya, janji sumbangan saya dalam dunia lakonan ini memberi impak positif dan mampu membuatkan orang lain terhibur," katanya.
Menyentuh mengenai Filem Juvana 2, dia mengharapkan yang terbaik menerusi filem ini agar ia dapat diterima oleh penonton yang ramai seperti Polis Evo.
"Saya kagum dengan kejayaan yang diperoleh daripada Polis Evo yang membuatkan ramai orang turun ke pawagam untuk menonton.
"Diharapkan Juvana 2 dapatlah kena tempias sikit agar filem ini berjaya dan membuktikan filem tempatan juga berkualiti setanding dengan filem antarabangsa," ujarnya mengakhiri kata-kata.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada, Khamis 29 Oktober 2015
No comments:
Post a Comment