Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Kepada peminat band rock terkenal Wings, ini ada satu berita baik untuk anda yang mahu sangat menonton konsert secara live, sebuah konsert yang meraikan kejayaan Wings yang berjaya menempuh pelbagai pancaroba hingga kekal bertahan sebagai kumpulan rock paling otai, paling lama bertahan dan berjaya mengumpulkan peminat saban tahun.
Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings yang ditunggu akan direalisasikan beberapa hari lagi dan Budiey akan memberi peluang kepada pembaca Budiey.com untuk memenangi 20 keping tiket menonton konsert ini pada hari Sabtu ini, 31 Oktober jam 8 malam di Stadium Merdeka. Haa, mau ke idok ni?
Budiey dah tak sabar untuk menonton konsert mega ini pada hari Sabtu ini. Sudah pasti Stadium Merdeka akan mencipta sejarah baru buat Wings bagi meneruskan empayar mereka yang cukup luas sekurangnya untuk dua dekad lagi di persada seni tanahair.
Dengarnya, abang-abang dari kumpulan Wings… Awie, Joe, Eddie dan Black kini dah bersiap sedia dan tak sabar nak menggegarkan jiwa peminat dengan barisan lagu-lagu popular mereka. Bagi mereka, 31 Oktober menjadi satu tarikh keramat dan mereka berjanji untuk buat persembahan dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan malam itu cukup istimewa untuk semua.
Ramai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kumpulan Wings. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya! Apa yang korang perlu buat ialah:1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan denganKonsert Ulang Tahun Ke-30 Wings di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertWings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertWings. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Ulangtahun Ke-30 Wings lebih rock jika… (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings
Tarikh tutup peraduan:
30 Oktober 2014
SYARAT & PERATURAN:
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Wings kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment