Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ini lagi satu kisah mengenai selebriti yang bengang kerana gambarnya diambil peminat tanpa kebenaran. Kalau anda masih ingat, Altimet menjadi popular kerana lagu 'Bila Aku Kaya' dan 'Malaysian Boy'.
Semalam, melalui laman Instagram beliau, Altimet telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang memegang telefon bimbit di kedai makan. Dakwa Altimet, lelaki itu mengambil gambarnya yang sedang menikmati soto di Shah Alam tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu.
Tindakan Altimet itu menyebabkan dia mendapat kritikan di media sosial. Majoriti berpendapat apa yang dilakukan Altimet keterlaluan. Bagi mereka tidak perlu meminta izin untuk mengambil gambar Altimet kerana beliau seorang public figure.
Disebabkan itu, Altimet telah memadam gambar peminat tersebut memandangkan kritikan hebat yang diterima. Katanya, ia ialah atas nasihat orang penting dalam hidupnya, iaitu ibu Altimet. Namun begitu, Amran Fans telah menyebarkan screencap komen-komen di Facebook Altimet sebelum ia dipadam.
Sorry lah @altimet – Amran repost balik komen FB kau tanpa izin. Nanti bila dah sendu, kontek kami balik ok. pic.twitter.com/2CmnzToWdB
— Amran Fans (@_AmranFanz) November 21, 2015
Sehingga kini, Altimet masih menerima komen berbentuk sarkastik dari orang ramai berhubung 'meminta izin'. Kalau kami, jumpa artis memang buat tak tahu saja. Tak pernah pula diri ini terfikir atau teringin nak ambil gambar mereka, secara ada keizinan atau tidak mahupun wefie bersama mereka. Mereka juga manusia biasa, tiada apa-apa yang istimewa berbanding orang ramai.Tapi nak buat macam mana. Bukan semua orang berfikir seperti kami. Jadi anda rasa macam mana?
A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on Nov 12, 2015 at 11:24pm PST
Related Related Category : Malay 40 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: altimet, curi gambar, dikritik, dikutuk, gambar peminat, muat naik, netizen, Shah Alam, soto, viral PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment