Recent Post

Sunday, November 22, 2015

Nurul Izzah Akhirnya Mohon Maaf Berhubung Pertemuannya Dengan Anak Bekas Sultan Sulu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akhirnya tampil membuat permohonan maaf terhadap isu pertemuannya bersama Jacel H. Kiram Hasan, iaitu anak kepada Jamalul Kiram III. Sebelum ini Nurul Izzah didesak banyak pihak untuk memohon maaf dan tampil menberikan penjelasab berkenaan pertemuan itu, yang disusuli dengan penyebaran gambar mereka di laman-laman sosial media. "Saya faham bahawa banyak keluarga anggota keselamatan yang gugur dalam pencerobohan Lahad Datu, masyarakat Sabah yang terkesan (dengan insiden itu) termasuk rakyat Malaysia amnya terguris dengan gambar saya bersama Jacel Kiram. "Untuk itu, saya dengan ikhlas memohon maaf," katanya memetik laporan Malay Mail Online hari ini. Menurut Naib Presiden PKR itu, pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan keputusan kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mahu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman penjara. Tegas Nurul Izzah, sebagai seorang wakil rakyat menjadi keutamaannya untuk tetap mempertahankan Sabah sebagai salah sebuah negeri di dalam Malaysia. Malah beliau juga terbuka untuk disiasat pihak berkuasa selepas wujud beberapa laporan yang dibuat ke atasnya. Gambar-gambar pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel mencetuskan persoalan dan kritikan banyak pihak apakah motif disebaliknya. Insiden pencerobohan Lahad Datu pada Februari 2013 meninggalkan kesan mendalam di kalangan rakyat negara ini, terutamanya di Sabah selepas ia membabitkan pertumpahan darah anggota keselamatan yang bertempur dengan lebih 200 tentera Sulu. Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab mengetuai serangan tersebut mahu menuntut kawasan itu yang dikaitkan drngan wilayah Kesultanan Sulu. -Siakapkeli.my



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *