Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Gambar hiasan. Sumber: Google Images Terbaca kisah orang bersalin di Hospital Kuala Pilah tadi, terus teringat pengalaman saya melahirkan Emran di Hospital Sungai Buloh (HSB). Memang banyak negative feedback tentang bersalin di HSB dan saya sendiri pun sebenarnya memang tidak mahu bersalin di HSB lagi, tetapi kuasa Allah kan. Bukan tidak mampu nak pergi bersalin di hospital swasta, tetapi bila ingat pesanan ibu, "Kenapa nak bazirkan duit kalau sakit dia sama saja? Baik beli barang bayi yang berkualiti," katanya. Tambahan pula, saya bekerja dengan kerajaan, lagilah tak payah bayar apa-apa pun. Saya tak faham mengapa sesetengah orang itu sanggup berhutang atau mengunakan kad kredit untuk bayar kos bersalin di hospital swasta. Bersalin sajalah di hospital kerajaan. Bukannya semua hospital kerajaan teruk seperti HSB. Contoh terbaik ialah, Hospital Ampang, first class okay layanan yang mereka berikan! Jangan salah faham dengan kenyataan saya. Kalau memang benar-benar berkemampuan, bersalin sajalah di hospital swasta. Tiada siapa yang akan menghalang. Saya cuma merujuk pada sesetengah orang yang tidak mampu tetapi buat-buat mampu. 1 September 2015, jam 1 pagi, di minggu yang ke 38, disebabkan ini anak ketiga dah turun tanda. Saya ajak suami pergi ke hospital. Suami pula bimbang 'false alarm', dia ajak pergi ke HSB sebab itu saja hospital yang paling dekat dengan rumah kami. Saya tak nak, tetapi malas nak bergaduh membuatkan saya diam sajalah. Sampai ke PAC hospital, kakitangan yang bajet bagus di kaunter itu kata katil tak ada dan menjangkakan tempoh 48 jam untuk menunggu katil kosong andaikata warded. Dalam jam 5 pagi, bila houseman periksa, katanya dah buka 3 cm. Saya kata nak pergi Hospital Ampang sebab anak pertama dan kedua bersalin di sana. Doktor kata okay tetapi kena tunggu pakar jam 8 pagi. Bayangkan dari jam 3 pagi sampai jam 8 pagi, saya kena duduk di kerusi itu. Naik kematu punggung saya okay! Saya yang dah terbuka 3 cm ini okaylah lagi. Ada yang dah buka 5 cm pun kena duduk di kerusi itu juga. Saya tengok air mata mereka meleleh menahan kesakitan. Yang hampir terberanak di kerusi itu pun ada. Lebih kurang jam 9 pagi, pakar datang check. Katanya dah buka 3 cm dan akan buka kepada 4 cm menyebabkan dia tidak mengizinkan saya balik kerana mengikut prosedur. Saya beritahu yang saya bukan nak balik tetapi nak pergi ke hospital lain (masa ini memang nak pergi TMC saja sebab itu yang paling dekat). Doktor pakar pula kata jalan sesak, kalau bersalin di atas jalan raya, siapa nak tanggung? Saya kata saya dah sign borang discharge, jadi bukan tanggungjawab HSB lagi jika ada apa-apa yang berlaku pada saya. Jadi, dia pun minta houseman dischargekan saya, tapi sampai sudah nan hado! Nak dijadikan cerita, my progress was very poor. Jalan ada, tapi contraction tak ada. Bayangkanlah dari masuk sampai 4 September 2015, kami (merujuk pada Nurazura Ramlilii and few others yang sudah menjadi kawan sebab admitted pada hari yang sama) duduk dan tidur di atas kerusi saja sebab tak ada katil katanya.
Kata 48 jam, tapi ini dah lebih kot? Kakak yang uri di bawah pun kena duduk atas kerusi. Stress wei! Nasiblah suami tunggu di luar. Asal pergi pada suami, saya menangis. Sudahlah i ada slip disc, menahan sakit pinggang + contraction itu lagi. Mula-mula suami buat tak layan, tapi bila saya tunjuk gambar di bawah ini, terus dia pun menangis sama. Sampailah final day (4 September 2015) saya di PAC itu, datang seorang houseman yang baik dan sangat profesional, Doktor Amir. Dia kata dia akan cuba buat yang terbaik. Kalau jam 9 pagi tak ada progress juga, mereka akan tolak juga masuk labour room. Jam 9 pagi, semasa tengah menunggu suami datang bawa roti canai dan horlick ice, jururawat panggil cakap nak hantar pergi ke Labour Room. Saya kata tunggu sebentar sebab saya masih belum bersarapan. Dia bagi masa saya lima minit saja untuk makan. Tak sempat nak makan, saya minum horlicks saja dan terus doktor pasang branula, masuklah ke Labour Room. Salah satu sebab saya tak nak bersalin di HSB ialah suami cuma boleh masuk bila sudah buka 10 cm. Apakah? Patutnya suamilah yang kena tenangkan isteri semasa tengah sakit contraction itu kan? Dah puas saya merayu pada jururawat Labour Room yang saya nak suami saya tetapi mereka tidak layan. Jadi, setiap kali sakit, sambil berzikir itu saya pun menangis-nangis memanggil nama suami (nak panggil mama, mama dah tak ada). Last sekali, dia bagi juga suami masuk bila jalan dah buka 9 cm tapi siap sound, "Panggillah suami dia ini, semak dah dengar dari tadi dok nak daddy, nak daddy!" Ek eleh! Nasiblah aku tengah sakit. Ada jururawat yang baik hati (tetapi lagi banyak yang mulut macam puaka dari yang baik hati) di PAC kata pada saya suruh buat surat bertulis pada pengarah mereka. Saya dah buat tetapi tiada maklumbalas sehingga kini. Harap selepas ini ada perubahlah di HSB. Kasihan pada ibu-ibu yang nak melahirkan umat Muhammad dilayan seperti Pendatang Asing Tanpa Izin. Tidur di atas lantai beralaskan selimut hospital saja. Serius saya sedih! - Khairana Rahman Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment