Recent Post

Thursday, November 26, 2015

Ibu Nizam Laksamana, Buat Kejutan Tonton Nyanyiannya Secara Langsung


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi lelaki Nizam Laksamana memberitahu bahawa ibunya Huwi Mohd Sani telah membuat kejutan menonton persembahannya di  Gegar Vaganza 2 secara langsung di Auditorium MBSA buat kali pertama.

Bagaimanapun, tontonan kali pertama ibunya itu, untuk yang terakhir kerana Nizam telah pun tersingkir di minggu ke-6 hasil daripada keputusan juri.

"Sepanjang saya bergelar penyanyi hampir 24 tahun, ibu saya tidak pernah turun padang untuk melihat saya menyanyi di mana-mana persembahan.

"Untuk GV2 ini, ini kali pertama dia luangkan masa untuk menyaksikan nyanyian saya sebagai tanda sokongan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

"Kehadiran ibu saya juga seolah-olah memahami yang pada minggu ke-6 saya akan tersingkir. Saya sangat terharu dan berterima kasih dengan pengorbanan yang telah dibuat oleh ibu saya.

"Saya amat menghargai dan juga berterima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam GV2 ini," kata Nizam kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Nizam juga dikhabarkan telah mendapat penajaan daripada Datuk Seri Vida untuk menunaikan umrah dalam waktu terdekat.

"Alhamdulilah, saya bersyukur yang tidak terhingga apabila Datuk Seri Vida bertemu saya setelah dan memberitahu bahawa beliau ingin menaja saya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

"Walaupun impian saya ingin menunaikan haji, tetapi dengan kemurahan hati beliau untuk membiayai ibadah Umrah amat saya hargai dan terima kasih sahaja yang saya mampu ucapkan.

"Semoga Datuk Seri Vida terus dilimpahi rezeki dan dapat membantu golongan lain yang memerlukan sumbangan," ujarnya mengakhiri bicara. 

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 26 Nov 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *