Recent Post

Thursday, November 26, 2015

(TAHNIAH) Fouziah Gous Sudah Selamat Bersalin Anak Pertama


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Aktres Fouziah Gous dan suami Zhafran Yusof kini sudah menjadi ibu bapa apabila Fouziah sudah selamat bersalin cahaya mata pertama mereka sekitar jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta terletak di Shah Alam.

Zhafran telah berkongsi kegembiraan mereka suami isteri di akaun Instagram miliknya tadi dan memberitahu kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.

My Utmost Gratitude to Allah swt ..Alhamdulillah ,Isteri saya @fouziahgous Sudah selamat melahirkan anak …Terima Kasih atas Doa yand di panjatkan … Semoga anak ini menjadi anak yang soleh … #syukurlah @zhafoujr @fouziahgous #zhafou #demc #gratitude

Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka berdua membuat keputusan untuk tidak mendedahkan jantina bayi mereka.

Peminat Fouziah juga cukup teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar Fouziah serta suami semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Kami di BeautifulNara juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fouziah Gous dan Zhafran kerana sudah bergelar ibu dan ayah. Selepas ini, tanggungjawab anda lebih berat dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Apa-apa pun, semoga lebih murah rezeki dan bahagia.

Sumber Berita: Media Hiburan

Related Related Category : Malay 12 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *