Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Baca : Pelajar Ditemui Tergantung Selepas Jawab Paper Matematik Tambahan
Seorang rakan sekelasnya, yang tidak ingin dikenali, berkata pelajar cemerlang itu tiba lima minit lambat untuk kertas Matematik Tambahan 1 pada Selasa lalu dan ianya sesuatu yang pelik memandangkan dia selalu menepati masa.
"Kami tidak pernah terfikir dia begitu tertekan sehingga sanggup mengambil nyawanya sendiri.
"Dia memberitahu guru dia mahu pulang ke rumah dan meninggalkan peperiksaan separuh jalan.
"Selepas itu, apabila beberapa rakan mengajaknya keluar makan, dia menolak pelawaan mereka. Perkara seterusnya yang kami tahu, dia menggantung dirinya sendiri", kata pelajar berkenaan.
Pelajar tersebut juga berkata Hon adalah pelajar yang kuat berusaha dan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya.
"Kamu tidak akan pernah melihat dia tanpa buku. Dia selalu tinggal berseorangan dalam kelas untuk belajar", katanya sebagaimana memetik laporan MalaymailOnline
Seorang lagi rakan berkata Hon berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan PMR.
"Subjek kegemarannya adalah kimia. Dia juga sebahagian dari program JUARA untuk pelajar-pelajar cemerlang.
Menurutnya juga, Hon adala pelajar yang sangat merendah diri dan tidak pernah menunjuk walaupun dia seorang pelakon dalam siri TV tempatan. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment