Recent Post

Friday, November 13, 2015

'Ini Nak Bagi Ibu, Ibu Dah Lama Tak Beli Baju Baru'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semalam di pasar malam, saya ternampak seorang budak lelaki dan perempuan berjalan bersama. Budak perempuan itu mengajak budak lelaki itu balik, namun dia enggan berganjak dan mahu terus menunggu.  Saya terus menuju ke arah mereka. Kedua-duanya membawa barang yang sangat banyak sampai tak menang tangan. Lalu saya bertanya kepada mereka. "Dah dapat banyak barang ke?"  Mereka hanya sekadar menganggukkan kepala. Dari apa yang saya lihat, kebanyakan barang yang dipegang adalah baju orang dewasa.  "Siapa punya ni?" Mereka diam. Mungkin tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali.  "Datang dengan siapa ni?" sekali lagi saya bertanya. Katanya datang berdua sahaja. Si ibu tidak mengikut mereka.  "Mana ibu?" "Ada di atas," jawab mereka.  "Ibu sakit ke?" "Ya" "Ibu perlukan bantuan?" "Tidak" "Ibu macam mana?" "Ibu okay tetapi tak nak turun. Dia suruh turun je ambil kalau ada apa yang nak," jelasnya.  Saya suruh mereka mengambil segala apa yang mereka mahukan.  "Ada ambil barang mainan, makanan dan buku?"  Mereka mengangguk.  "Yang baju orang dewasa ini untuk siapa?" "Ini nak bagi pada ibu. Ibu sudah lama tak beli baju baru. Saya pilih untuk ibu. Kalau muat dengan badan ibu, mesti ibu suka. Kami simpan. Tetapi kalau ibu tak suka, saya bawa turun bagi balik. Saya janji," katanya.  Saya terus bertanya tentang mereka walaupun di dada terasa sangat berat untuk meneruskan.  "Makan cukup? Sekolah belajar bagus?" Mereka mendiamkan diri. Saya memberitahu si abang yang kami mempunyai satay, nasi ayam dan semuanya percuma.  Si adik pula memandang saya dengan mulutnya yang ternganga. "Tak apa, nak naik jumpa ibu dulu. Nanti saya tanya ibu nak makan apa," jawabnya.  Saya memandang pada budak lelaki itu dan bertanya, "Jangan takut, jangan segan. Sat lagi turun ambil lagi ya,".  "Boleh ke?" soalnya dengan senyuman kecil terukir di bibir.  "Boleh," balas saya lalu menghulurkan beberapa keping wang kertas yang ada di poket ke tangannya.  "Terima kasih bang. Saya naik jaga ibu saya dulu ya. Adik, jom kita naik," ujarnya lalu terus berlalu pergi. Berapa ramai anak-anak muda yang akan berkata sedemikian? Ya Allah, biarkanlah mereka kekal beradab seperti itu. Ketika situasi ini berlaku, Dr Maza berada tidak jauh di belakang saya. Dia hanya memerhatikan dari jauh. "Saya nampak apa yang Freemarket dapat achieve,". - Syed Azmi Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *