Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

Ini Semua Salah Faham, Saya Ada Tanya Khabar Mereka – Achey Bidas Kenyataan Balu Harun Salim Bachik


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semalam, balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor mengadu kini hidupnya terhimpit dan mendakwa Achey menipu kerana pelawak itu tidak pernah bertanya khabar tentang anaknya serta memberikan "share" perniagaan bersama arwah kepada beliau.

Ekoran pendedahan tersebut, ramai yang mengkritik perbuatan Achey yang hanya cuba mencari publisiti dan menunjukkan kebaikan beliau sedangkan Achey sama sekali tidak pernah menolong keluarga Harun Salim Bachik.

Menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan, Achey telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja.

Berbicara mengenai pemberian "share" beliau kepada Surianti dan anak-anak, Achey enggan membicarakan hal tersebut dengan lebih lanjut kerana beliau tidak ada sebarang urusan perniagaan besama Surianti.

Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku. Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti.

Achey mengakui beliau merasa agak kesal dan terkilan dengan apa yang diberitahu oleh Surianti kepada pihak media sehingga menjadi isu yang agak besar.

Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak.

Erm…jadi semuanya hanya salah faham sahaja. Tidak apa, mungkin lah Surianti terlalu tertekan dengan kesempitan hidup sehingga timbulnya kekeliruan di pihak beliau. Harapnya, perkara ini sudah jelas dan tiada lagi orang yang akan mencetuskan lagi kontroversi.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *