Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Pelakon Linda Hashim mengambil keputusan untuk menjual semua baju terpakai miliknya termasuk baju perkahwinannya.

Menurut Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan semua baju-bajunya itu rosak apabila terlalu lama disimpan. Linda Hashim dalam pada itu memaklumkan kesemua baju tersebut dijual dengan harga murah bagi memberi peluang kepada orang lain yang mahu memakainya.

"Bukan saya tidak sayang jual baju nikah itu, tetapi saya tidak mahu baju itu rosak begitu sahaja kalau disimpan terlalu lama.

"Jadi, lebih baik saya jual murah kepada sesiapa yang berminat untuk memakainya. Baju tersebut dibuat oleh kakak saya dan kain serta manik-manik saya beli di Indonesia, kira-kira menelan kos RM4,000 juga," ujarnya.

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Kata Linda, sebelum ini ada pihak yang bertanya dan ingin membeli baju tersebut namun dia hanya menyewakannya sahaja.

Bagaimanapun setelah difikirkan balik, daripada baju tersebut rosak, lebih elok baju itu dijual kepada orang yang lebih memerlukan.

"Sebelum ini ramai yang tanya saya dan mahu beli baju itu tetapi ketika itu saya baru sahaja berkahwin dan tidak rasa nak jual. Saya beri mereka pinjam dan sewakan sahaja.

"Tapi bila saya fikir balik buat apa nak simpan, kalau nak tunjuk pada anak bila mereka besar nanti boleh tengok di gambar-gambar kahwin sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Linda berkata dia turut menjual semua baju-baju yang digunakannya ketika berlakon sebelum ini. Manakala selebihnya sudah didermakan kepada mangsa banjir.

"Saya baru pindah rumah, jadi saya kumpul berkotak-kotak baju lama saya ketika aktif berlakon dulu untuk dijual secara lelong sahaja.

"Baju yang elok dan sopan saya sudah derma kepada mangsa banjir, kebanyakan baju yang saya jual ini sudah tidak sesuai dipakai kerana agak seksi," ujarnya.

Artikel berkaitan:- Tahniah! Linda Hashim Hamil Anak Kedua

Linda Hashim Jelas Punca Lelong Baju Kahwin

Dalam pada itu, Linda yang kini hamil lapan bulan berkata, dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata kedua pada pertengahan Januari depan.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.

11,806 total views, 11,806 views today




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *