Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Jom Kenali 8 Jenis Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia

Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing.

8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain.

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan aktif. Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

5. Sphynx (RM3K-20K)

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada.

Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sehat.

4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank. Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *