Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

'Gabungan PAS-Umno impian DAP, bukan kami'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

DAP nampaknya lebih bersungguh-sungguh mahu PAS bergabung dengan Umno, berbanding dengan orang PAS sendiri, kata Naib Ketua Pemuda parti Islam itu Khairil Nizam Khirudin.

Ini terutamanya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa Khairil marah impiannya untuk melihat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijatuhkan dalam muktamar yang lepas, tidak menjadi kenyataan.

PAS, tegasnya, kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan oleh DAP.

"Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan Umno berbanding orang PAS sendiri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, DAP pula yang lebih ghairah "bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri".

"DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai "Abang Besar" dalam Pakatan," katanya.

Tidak cukup dengan PAS, dakwanya, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 ADUN PKR menyokong dan bersekongkol dengan Umno.

Khairil merujuk kepada kritikan Lim terhadap lima ADUN PKR itu yang berkecuali berhubung usul Umno di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berkaitan projek penambakan di negeri ini.

Khairil juga mendakwa bahawa kerajaan DAP juga telah menggugurkan empat daripada lima usul yang dikemukakan oleh ADUN PKR Penanti, Norlela Ariffin dalam persidangan Dewan Undangan Negeri lepas.

"DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.

"Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan," tegasnya

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *