Recent Post

Wednesday, November 25, 2015

Gadis PG Bowl Nyaris Dirogol 3 Lelaki Warga Asing


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PASIR GUDANG - Viral di laman sosial semalam seorang gadis didakwa hampir dirogol oleh 3 lelaki warga asing. Menurut Mohd Adam yang memuat naik kes itu di laman Facebook berkata, seorang gadis anak kepada seorang anggota SRS KRT TMF5 telah dipukul dan dicederakan pada jam 10.00 malam kelmarin ketika pulang dari kerja. Mangsa yang bekerja sebagai Juruwang di Pasir Gudang Bowl (PGB) yang pulang ke rumah melalui jalan dari pusat bandar ke Taman Mawar, Pasir Gudang, diserang oleh tiga warga asing yang didakwa cuba merogol mangsa.  Menurut sumber, mangsa menyedari dirinya diekori oleh tiga lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang, lalu menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan mengenai perkara itu sebelum diserang oleh sekumpulan suspek berkenaan. Rakannya yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa sedang dipukul dan dipijak-pijak. Mangsa juga dilihat bangkit melawan tiga lelaki terbabit sehingga jatuh longkang. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan beberapa bahagian badan yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan. "Mangsa masih berada di Emergency Room. Doktor nak imbas otak dia. Mungkin dah buat pada jam 1 pagi tadi. Kesian sangat, nasib baik belum sempat dirogol. Budak ini pun memang melawan," kata Mohd Adam. Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan kejadian yang menimpa gadis terbabit. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *