Recent Post

Tuesday, November 10, 2015

'Kak, Kami Orang Susah & Ini Pertama Kali Kami Makan Donut'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Gambar kiri sekadar hiasan 2 minggu lepas, dalam perjalanan pulang ke rumah dari klinik, saya singgah ke sebuah pasar raya. Selesai membeli barang dapur, saya ke sebuah gerai donut. Saya membeli 1/2 dozen donut untuk keluarga di rumah. Saya juga memesan kopi, namun disebabkan kopi saya agak lama untuk disediakan, saya duduk di sebuah kerusi. Sedang saya menunggu, saya melihat kelibat 6 orang anak-anak berusia antara 3 tahun hingga 15 tahun. "Abang ada sikit duit. Jadi, kita boleh beli 3 biji donat. 2 orang akan kongsi 1 donat. Boleh?" tanya si abang kepada adik-adik. Masing-masing tersenyum girang. Saya mengagak mereka dari keluarga yang susah. Dari segi pakaian dan perbualan mereka, itu mungkin telahan saya. Saya hanya melihat dari sudut sahaja. "Semuanya, RMXX" jurujual memberitahu. "Hah? Abang tak cukup duit ni!" kata si abang, wajahnya cuak. Saya yakin, abang tadi lupa mengira GST. Ya, apa yang terpapar pada skrin jualan hanyalah harga donat tanpa GST. "Abang mintalah duit dengan mak," adik pula bersuara. "Mak pun mesti takde duit," balas abang lagi. Saya segera bangun, lalu memesan, "Tambah lagi 3 donat," "Akak...ini adik takda duit," jawab jurujual tadi. "Takpe, biar saya bayar," Saya melihat 6 orang adik beradik. 3 orang dari mereka mungkin bersekolah rendah manakala 3 orang lagi kelihatan agak matang. "Kakak, mak saya tak bagi minta-minta dengan orang ini. Kalau mak tahu, mesti saya kena marah," sambil tunduk si abang bersuara. "Eh? Mana ada awak minta. Kakak yang nak belikan untuk adik-adik semua. Kan?" saya senyum sambil mengangkat kening melihat si abang. Usai sesi jual beli, 3 orang adik yang kecil berebut-berebut mengambil donat manakala 3 orang lagi hanya diam memerhati. "Kenapa tak makan?" tanya saya. "Tak cukup" balas si abang. "Kan ada 6 donat tu. Seorang satu lah. Cukup," saya balas. "Bukan kak. Kami orang susah, ini pertama kali kami makan donat ini. Adik-adik saya yang kecil ini mesti akan minta lagi. Biarlah kami bertiga yang mengalah. Lagipun, memang sudah niat saya untuk belanja adik-adik dengan upah kerja sambilan saya," katanya. Saya menahan sekuat-kuatnya agar tidak menangis di depan mereka. Saya berpura-pura kehausan dan meminum kopi yang dipesan tadi berulang kali agar mereka tidak melihat perubahan wajah saya. "Awak nak bantu mak ayah awak?" tanya saya kepada 3 orang adik beradik yang tua. "Nak!" pantas mereka menjawab. "Kamu semua belajar rajin-rajin. Hanya dengan ilmu, insyaAllah kamu semua akan dapat ubah nasib keluarga. Jadi orang berguna. Susah macam mana pun, kamu kena belajar rajin-rajin. Allah sangat-sangat suka orang yang mencintai ilmu. Jika Allah sayangkan kita, apa lagi nikmat dunia yang kita mahukan?" Mereka semua tunduk. Duduk girang ketawa di satu sudut, 3 orang adik beradik mereka yang kecil. Masih terlalu mentah untuk faham semua yang berlaku. Ya Allah. Hati ini runtun. Jangan ada yang pertikaikan kenapa mereka beli donat mahal sedangkan mereka miskin. Sekurang-kurangnya, mereka isikan keinginan mereka dengan harta yang halal dari hasil titik peluh sendiri. Mereka tidak meminta apatah lagi mencuri. Mereka bukan tidak sedar diri, tidak mengukur baju di badan sendiri, mereka cuma mahu melihat senyuman dari insan tersayang. Dan saya berharap agar mereka kelak menjadi pemimpin yang soleh diredhai Allah. Ameen. - Nurul A.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *