Recent Post

Tuesday, November 10, 2015

Negara terus maju di sebalik ekonomi tak menentu - Najib


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Malaysia terus maju meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti dicerminkan oleh pelaburan langsung asing sebanyak RM22.4 bilion yang dicatatkan dalam separuh pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata meskipun mengalami penurunan dalam hasil minyak, negara masih boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan menggalakkan keusahawanan.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang maju kehadapan dan saya yakin dengan dasar yang dilaksanakan dan semangat keusahawan yang dimiliki ramai daripada kita, Malaysia akan mencapai aspirasi kita untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya pada pelancaran Naza Tower di Platinum Park, di Kuala Lumpur.

Bangunan baharu itu akan menempatkan pejabat korporat rasmi konglomerat Bumiputera, Kumpulan Syarikat Naza, bersempena dengan ulang tahun ke-40 kumpulan itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Najib berkata dalam menggalakkan keusahawanan, negara perlu menggalakkan rakyat untuk mencari peluang di sebalik setiap masalah yang mana dengan berbuat demikian ia bukan sahaja akan menyediakan peluang bagi diri mereka sendiri tetapi juga mewujudkan kekayaan kepada negara.

Sementara itu Perdana Menteri turut menggesa syarikat bumiputera agar menjadikan permit import (AP) yang diterima mereka sebagai pemangkin untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang lain.

Menurutnya, syarikat berkenaan tidak seharusnya meminta AP setiap tahun, sebaliknya perlu menceburi industri lain dalam mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

"Kita selalu tekankan apabila kita bagi AP pada syarikat bumiputera, kita nak mereka gunakan AP itu untuk mengembangkan perniagaan ke bidang-bidang lain.

"Tidak banyak syarikat bumiputera yang dapat AP yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang yang lain," katanya.

Menjadikan Kumpulan Naza sebagai contoh, Najib berkata, syarikat berusia 40 tahun itu muncul antara syarikat bumiputera paling berjaya di negara ini selepas menceburi pelbagai cabang perniagaan.

Menurutnya, bermula dengan perniagaan kedai roti di Kuala Pilah, syarikat itu kini bertapak di Platinum Park, pusat komersil strategik di Kuala Lumpur.

Terletak di lokasi strategik di Persiaran KLCC, pejabat Naza Tower gred A setinggi 50 tingkat itu merupakan sebahagian daripada Platinum Park, yang juga menempatkan Menara Felda dan Menara TH.

Keseluruhan pembangunan bersepadu Platinum Park, yang dibangunkan oleh Naza TTDI, memiliki nilai pembangunan kasar kira-kira RM4 bilion.

Naza Tower dihuni pejabat-pejabat syarikat utama, hotel 6 bintang dengan pangsapuri perkhidmatan penuh dan kediaman mewah.

Pada 2012, menara itu dianugerahkan Seni Bina Pejabat Terbaik oleh International Property Awards, Asia Pacific.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *