Recent Post

Tuesday, November 10, 2015

"Kucing Ni Gigit Dompet Aku, Bagi Pada Aku" - Abdillah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Buat baik dibalas baik. Benar kata-kata ini sebagaimana satu kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook Abdillah Mignolet di group Dunia Kucing.

Kisah yang dikongsi oleh Abdillah Mignolet menceritakan tentang seekor kucing 'ajaib' yang seolah-olah membalas jasa baik Abdillah yang memberi makanan kepadanya dengan memulangkan dompet Abdillah.

Menurut Abdillah, kucing yang diberi nama Kupa itu mati ketika melahirkan anaknya.

Jom ikuti kisah sepenuhnya dari Abdillah.

Perkongsian Penuh dari Abdillah

Aku ade seko kucing paling aku sayang....nama dia kupa....

Ni anak2 dia...ade 9 ekor semua... Mati sebab lahirkan anak2 dia

Sedih sebab kupa ni la titik tolak aku sgt sayangkan kucing.. Dulu...aku bukan suka pon kucing..suka berak merata..seat moto kena cakar... Sakit hati... Tapi bermula apabila.... 2 taon lepas aku makan kat sebuah tempat kat melaka  Kupa mengemis tulang dari meja ke meja...sampai la ke meja tempat aku mkn.. Aku kasi dia seke tul hujung kepak ayam...

Then lepas makan aku beredar....pegi la balik teruskan keje... Lepas isya aku perasan dompet hilang...punya la gelabah....sbb baru gaji separuh gaji da aku keluarkan....

Last2 aku pegi kedai tempat aku makan...hujan renyai kedai tutup...musnah harapan aku nak jumpa Tapi kuasa Allah....aku nampak seekor kucing basah dlm hujan....then paling aku terkejut....ya Allah....kucing ni gigit dompet aku bg pd aku...

sumpah aku mmg xtaw nak cakap mcm mana... Hanya seketul tulang sisa makan aku dia balas jasa aku....dlm kebasahan hujan...sbb to aku jaga dia sampai dia lahirkan anak2nya...

Mungkin cerita aku tidak masuk akal..tapi itulah yg terjadi pada aku... Maaf..aku x boleh letak gambar dia...sbb aku sedih...kucing pun boleh jujur...kenapa tidak aku.. Aku akan jaga anak2 dia sebagai balas jasa dia pada aku..lihatlah kuasa Allah sekali lagi..9 ekor anaknya..memang luar biasa. Semadilah kau disana...

- Siakapkeli.my



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *