Recent Post

Tuesday, November 10, 2015

PANAS! Zul Ariffin Buat Pengakuan Mengenai Hubungan Dengan Gayatri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PANAS! Zul Ariffin Buat Pengakuan Mengenai Hubungan Dengan Gayatri

Nampaknya pelakon popular Zul Ariffin seringkali mendapat perhatian dan dikaitkan dengan kontroversi terutamanya yang membabitkan wanita. Jika sebelum ni, pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak 200% ni dikaitkan dengan heroinnya Ayda Jebat namun gosip tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.

Namun sejak akhir-akhir ni, gosip mengenai hubungan Zul Ariffin bersama Zahirah MacWilson hangat diperkatakan gara-gara gambar yang menampakkan mereka berpegangan tangan disebuah restoran. Walaupun Zul Ariffin tidak memberi maklum terhadap isu tersebut. Pengakuan Zahirah MacWilson Terhadap Zul Ariffin

Mesti ramai yang nak tahu tentang status hubungan Zul Ariffin dengan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai yang sudah lama tidak dilihat bersama. Menerusi Malaysian Digest, Zul Ariffin mengakui bahawa hubungan bersama penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai sudah lama berakhir.

"Saya dengan dia (Gaya), kami sudah lama tiada apa-apa hubungan. Masing-masing pun dah move-on," jelasnya terhadap hubungan yang sudah terjalin selama tiga tahun itu. Dalam masa yang sama, pelakon ini menjelaskan bahawa hubungannya bersama Zahirah MacWilson, baru berputik.

"Kami masih baru sangat. Rapat. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih. Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu"

"Sebagai seorang anak seni, itu antara cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi di mana orang seperti kami sentiasa diperhatikan," jelasnya kepada portal berkenaan. Jawapan Zul akhirnya memberikan status sebenar hubungannya bersama bekas kekasih dan juga Zahirah.

Jadi dah sah sekarang ni Zul dan Zahirah memang tengah dilamun cinta nampaknya! Apa-apa pun semoga Zul bahagia dengan pengganti baru kepada Gayatri Su-Lin dan diharapkan hubungan mereka kekal sampai ke jinjang pelamin.

13,939 total views, 13,939 views today




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *