Recent Post

Wednesday, November 18, 2015

'Kata Kuota Internet 6GB, Tapi Rasa Tak Sampai 6GB Pun?!'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semakin hari, aku semakin pelik bercampur marah. Cakap kuota 6 GB, tapi aku rasa macam tak sampai 6 GB pun. Jenayah ni. Okay, aku jelaskan satu persatu. 1. 29 Oktober 2015, aku top up RM50. Selalunya selepas top up, aku terus renew kuota internet aku pada kadar 6 GB (RM48). Bukan sedikit tau, tiap-tiap bulan kena guna.  2. Guna punya guna dalam seminggu ke dua minggu, tiba-tiba datang pula mesej yang mengatakan aku telah pun melayari internet pada kadar 75%. Aik? Ini amat menghairankan sebab aku guna mobile data ini bila berada di luar saja. Di rumah, aku gunakan WiFi Streamyx. Tak apalah, aku fikir mungkin aku terlalu banyak tonton video di Facebook agaknya. 3. Guna punya guna lagi, 4 hari kemudian tiba-tiba datang pula mesej yang kata aku telah pun menggunakan 100% kuota internet. Makin pelik dan tidak mungkin cepat habis sebab aku subscribe kuota 6GB. Bukannya sikit 6GB itu, banyak oi! Selalu sangat jadi begini, setiap bulan aku mengalami masalah yang sama saja. 4. Jadi hari ini, aku tergerak hati untuk menyemak sama ada betul atau tidak aku telah menggunakan 6GB itu sepenuhnya. Bila tengok jumlah penggunaan data di smartphone, hanya sedikit saja kuota internet yang aku telah gunakan.  Setelah sekian lamanya aku menggunakan prepaid Digi, tidak sangka pula akan ditipu seperti ini. Kau orang cuba semak jumlah penggunaan data internet di smartphone, kalau ada yang menghadapi masalah yang sama seperti aku, jom kita tanya Digi Centre ramai-ramai. - Mohamad.  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *