Recent Post

Wednesday, November 18, 2015

Komen Pedas Ruhainies Buat Netizen Yang Kritik Lakonannya!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Komen Pedas Ruhainies Buat Netizen Yang Kritik Lakonannya!

Drama yang tengah popular sekarang ni menerusi TV3 iaitu Hello, Mr. Perfect telah mengangkat naik nama pendatang baru Nur Ruhainies Farehah, 23 yang juga merupakan adik kepada pelakon Nur Risteena. Walaupun drama ni popular di TV3 namun pelakon Ruhainies juga dikritik hebat dalam laman sosial kerana lakonannya dikatakan kaku atau kayu dan dia dikritik tidak layak untuk memegang watak utama.

Namun pujian harus diberikan kepada pelakon ni sebab dia dapat membawa 3 watak dalam satu masa walaupun banyak menerima komen negatif. Tanpa cepat melatah, Ruhainies tidak pernah berkecil hati dengan kritikan umum yang mengatakan lakonan menerusi drama 'Hello Mr Perfect' sebagai kaku atau 'kayu' sebaliknya dia mengambil kritikan itu sebagai pembina semangat untuknya terus mengasah bakat menjadi pelakon yang lebih baik.

Perkara ini dianggap biasa bagi orang baru sepertinya, tambahan hero cerita tersebut iaitu Fattah juga pernah dilabel sebegitu pada awal kemunculannya.

"Sebelum drama dilancarkan lagi saya sudah bersedia dengan segala kritikan. Fattah juga pernah berpesan, setiap kritikan yang terima walaupun negatif haruslah ditukarkan menjadinya positif. Itu merupakan semangat untuk terus tingkatkan mutu lakonan seperti mana yang pernah dia lalui satu ketika dahulu," ujarnya.

Gadis kecil molek ini juga berhasrat untuk mengambil kelas lakonan bagi meningkatkan mutu lakonannya. Ini kerana dia tidak mahu berada di dalam industri hanya berlandaskan paras rupa atau menumpang populariti kakaknya Nur Risteena semata-mata berbanding bakat lakonan.

Mula-mula penulis tengok drama ni memang best walaupun Ruhaines dilihat sedikit kaku. Biasalah kan dapat watak utama terus mahu tak kaku. Mungkin ini adalah pengalaman berharga buat Ruhaines supaya memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

11,025 total views, 11,025 views today




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *