Recent Post

Wednesday, November 11, 2015

Khabar Kehamilan: Siti Nurhaliza Mohon Doa Semua Pihak


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza berkata yang masih belum tiba lagi masanya untuk dia berkongsi mengenai berita kehamilan seperti yang tersebar di laman sosial Ahad lalu.

Terkejut mendengarkan perkhabaran tersebut, Siti berjanji untuk berkongsi berita baik sekiranya perkara itu benar terjadi.

"Saya sudah biasa dengan berita sebegini. Apabila ia sekali lagi diperkatakan, memang terkejut juga. Malah anak Datuk K pun cakap dia tak bercerita apa-apa.

"Saya janji kalau ada berita baik saya akan kongsi. Jadi sama-sama doakan semoga saya dikurniakan cahaya mata," katanya Siti kepada Harian Metro.

Khabar Siti yang dikatakan mengandung sekali lagi menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik gambar segelas susu kambing bercampur kurma di akaun Instagram miliknya.

Campuran minuman tersebut dipercayai membawa khasiat kepada wanita yang sedang hamil.

"Sebelum ini saya selalu juga muat naik gambar yang sama. Tapi tak sangka pula gambar itu menimbulka n tanda tanya ramai," katanya.

Semalam, menerusi laman Instagram, Siti memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang berbunyi, "hujan lebat dan ambillah peluang untuk berdoa. Doakan saya juga ya," tulis Siti.

Siti mendirkan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau pada tanggal 21 Ogos 2006.

Sumber: Harian Metro

Disusun oleh: Kamaruddin Razal.

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 11 November 2015.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *