Recent Post

Wednesday, November 11, 2015

Parti pemerintah Myanmar tumbang, Suu Kyi lakar sejarah


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Parti pemerintah Myanmar mengaku tewas pada pilihan raya umum selepas parti pembangkang yang diketuai tokoh demokrasi, Aung San Suu Kyi menang besar.

"Kami tewas," kata pemangku pengerusi Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP), Htay Oo kepada Reuters, sehari selepas Myanmar mengadakan pilihan raya bebas kali pertama sejak lebih suku kurun.

Menjelang petang semalam, penjual di luar ibu pejabat parti Liga Kebangsaan Bagi Demokrasi (NLD) di pusat komersial di Yangon menjual baju-T dengan tertera wajah Suu Kyi dan perkataan "We Won" (Kita Menang).

Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar mengumumkan keputusan pilihan raya yang berlangsung pada Ahad dengan parti Suu Kyi menang 49 daripada 54 kerusi pertama yang dikira semalam.

Pilihan raya itu menyaksikan 330 kerusi dipertandingkan.

Pengerusi Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya, Tin Ayu berkata, berdasarkan keputusan setakat ini, parti NLD memenangi semua kerusi di Yangon, bandar terbesar di Myanmar dan tiga lagi kerusi di kawasan lain.

Sehingga pukul 9 malam ini, NLD memenangi 35 daripada 36 kerusi Parlimen.

NLD berkata, menerusi pengiraan keputusannya di pusat pengundian menunjukkan parti itu menguasai lebih 70 peratus kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parliamen, lebih dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk membentuk kerajaan demokrasi pertama sejak awal 1960-an.

Dalam pada itu, Suu Kyi berkata, walaupun keputusan rasmi pilihan raya masih belum dikeluarkan, kiraan awal menunjukkan partinya memenangi lebih 90 peratus undian di wilayah tengah Myanmar yang padat dengan penduduk.

"Mereka mesti menerima keputusan itu walaupun mereka sebenarnya tidak mahu," kata jurucakap NLD, Win Htein.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *