Recent Post

Wednesday, November 11, 2015

'Saya Tahu Lana Nodin Pernah Pakai Baju Itu' - Ayda Jebat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Susulan luahan rasa kecewa Lana Nodin berkenaan baju sandingnya dipakai oleh Ayda Jebat beberapa hari yang lalu, kini Ayda Jebat tampil memberikan penjelasan. Ayda Jebat dalam kenyataannya melalui portal Tonton Extra menjelaskan bahawa dia telah diberi kebenaran untuk memakai busan itu oleh perekanya sendiri.  "Saya memang tahu itu adalah baju yang pernah dipakai oleh Kak Lana Nodin ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik Kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik.  "Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay. Jadi saya pun okaylah. Lagipun pada waktu itu saya memang agak last minute untuk mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen. "Kalau dia (Lana Nodin) rasa saya bersalah, biarkanlah. Bukannya saya tidak terkejut dengan kenyataan pihak sana cuma saya tidak pasti di mana silapnya. Bagi saya, tidak salah sekiranya saya nak pakai kalau pereka baju itu sendiri yang bagi saya pakai.  "Sebenarnya tidak perlu berhati-hati kerana banyak saja artis yang ulang pakai baju pereka. Saya sendiri pernah ulang pakai baju artis lain tetapi mereka tak cakap apa-apa pun. Bagi saya tidak perlulah memperbesarkan isu yang kecil," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *