Recent Post

Wednesday, November 11, 2015

Review Hotel Sama-Sama Express KLIA 2


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pernahkah anda bayangkan bagaimana rasanya bermalam di sebuah tempat dengan melihat pemandangan kapal terbang mendarat di luar jendela anda?

Itu merupakan sesuatu yang biasa di hotel Sama-Sama Express di KLIA2. Hotel ini merupakan hotel dari jenama Sama Sama pertama yang mendapat pengiktirafan tingkat Perak (Silver) oleh Green Building Index (GBI). Inisiatif-inisiatif hijau yang dilaksanakan hotel ini termasuk sistem pemanas air termal suria, tenaga pencahayaan yang lebih cekap, pengitaran semula bahan buangan tempatan dan banyak lagi.

Picture 029

Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel yang mesra-alam, hotel Sama Sama Express direka untuk menyediakan kemudahan serta perhubungan mudah buat para tamu KLIA2, dengan memasukkan suasana kontemporari dan terkini lapangan terbang untuk para tamu.

Terletak secara strategik di bangunan satelit di dalam KLIA2, hotel ini membenarkan tamu untuk mendaftar-masuk (check-in) tanpa melalui Kastam dan Imigresen Malaysia sekiranya para tamu merupakan penumpang yang mempunyai penrbangan sambungan pada hari berikutnya. Hotel transit yang terletak di dalam lapangan terbang ini menampilkan 70 buah bilik termasuk 4 bilik superior dan dua bilik keluarga, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan laluan kapal terbang di luar jendela!

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

Ia juga mempunya sebuah 'lounge' atau ruang tamu eksklusif iaitu Sama Sama Express Lounge yang boleh menampung sehingga 110 orang. Ruang tamu ini juga boleh disewa sekiranya tamu tidak perlukan bilik penginapan. Ia menawarkan makanan lazat, bahan bacaan serta layar TV yang memberikan perkembangan terbaru tentang penrbangan-penerbangan sepanjang hari. Terdapat juga sambungan wi-fi percuma serta penggunaan komputer berinternet tanpa bayaran di ruang tamu tersebut.

Jenama Hotel Sama-Sama juga merupakan penggiat hotel dalam lapangan terbang pertama di rantau ini dan merupakan sebahagian daripada Malaysia Airports Berhad.

Dengan perkhidmatan yang baik serta pemandangan luar jendela yang tidak mungkin ada di hotel lain, penginapan di Sama Sama Express memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi!

Untitled

Untitled

Untitled

Bermalam dengan pesawat di luar jendela di Sama-Sama Express KLIA 2oleh Shah Shamshiri

Komen via Facebook

Komen

— 150 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *