Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pasti ramai yang masih ingat dengan Zainol Macwilson, seorang pelakon dan pembaca berita untuk TV3 sekitar tahun 90-an. Anak gadis Zainol, Zahirah, kini menceburi dunia lakonan. Berbekalkan kecantikan dan bakat yang dimiliki Zahirah berjaya mendapatkan peranan sebagai pelakon utama dengan Sharnaaz Ahmad untuk drama Mencintaimu di slot Akasia TV3.
mStar Online bagaimanapun melaporkan bahawa Zainol meragui keikhlasan Zul Ariffin dalam menjalinkan hubungan dengan anaknya. Sebagai seorang pelakon berpengalaman, Zainol pastinya mengetahui mengenai selok dan asam garam dunia hiburan dan telah pun menasihatkan anaknya itu untuk tidak terlibat dengan mana-mana lelaki dalam industri, tak kira apa pekerjaan mereka. Kata Zainol:Saya tidak halang dan tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia termasuk hubungannya dengan Ayda Jebat dan Gayatri Su-Lin Pillai.
Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki.
Malah, dia sangat mengambil berat dengan perkembangan kerjaya anaknya, sehinggakan pulang ke Malaysia untuk menguruskan kerjaya anaknya setelah mengetahui Zahirah didekati seorang pelakon lelaki. Dia dan keluarga telah tinggal di sana selama 8 tahun dan telah menghantar isterinya pulang ke Perth untuk menjaga tiga lagi anak mereka memandangkan dia berada di sini.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jom saksikan bangsawan "Sumpahan Nujum Perawan" pada 13, 14, dan 15 Oktober ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur mulai…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 10 November 2015
Perkara pertama yang saya beri amaran ialah jangan terlibat dengan lelaki yang berada dalam industri, tidak kiralah pelakon, kru atau pengarah sekalipun kerana ia akan menjadi masalah kepada kerjaya.
Tapi, apabila diberitahu oleh ibunya bahawa ada seorang pelakon lelaki cuba mendekatinya, saya terus mengambil keputusan untuk menjaga dia di sini dan ibunya pulang ke Perth menjaga tiga orang anak kami di sana.
Zainol juga mengakui dia tersinggung apabila anaknya dikatakan sebagai perampas oleh sesetengah pengikut media sosial. Dia telah bertemu dengan Zul dua kali dan menurutnya, Zul menyatakan hubungan mereka hanya kawan.
Saya sudah jumpa dia (Zul) dua kali, ada saya bertanya kepada Zul apa kaitan dia dengan Ayda Jebat dan Gayatri seperti yang saya baca di internet. Maklumlah saya sudah tidak ikut perkembangan industri hiburan jadi saya tidak kenal artis baru.
Zul jelaskan mereka hanya berkawan sahaja, mereka dikaitkan kerana pernah berlakon bersama. Secara jujurnya saya sedih dan tidak mahu orang tuduh anak saya perampas pula.
Sementara itu kepada BH Plus, Zahirah menafikan dia seorang perampas, bagaimanapun tidak menafikan mempunyai hubungan dengan Zul. Menurutnya ketika mula mengenali Zul, Zul seorang yang single dan masih berstatus begitu hingga saat ini.
Bagaimanapun, agak jelas dari gerak-geri dan bahasa tubuh Zahirah yang dia sedang dilamun cinta. Diharapkan segalanya akan berjalan baik-baik saja buat Zahirah dan bapanya. Bapa mana yang tak sayangkan anak, kan?
Related Category : Malay 40 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: kerjaya, mahu, mangsa, menguruskan, menjadi, pengurus, tidak, uruskan, zahirah, zahirah macwilson, zainol macwilson PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment